Hiburan
“Walaupun Hambar, Aku Nak Post Jugak” – Kacau Wawa Zainal Solat, Video Aeril Zafril Ini Buat Netizen Tersengih
Pelakon Aeril Zafril mencuri perhatian wargamaya apabila memuat naik sebuah video mengusik isterinya pelakon Wawa Zainal sebelum isterinya menunaikan solat.
Menerusi laman sosial Twitter, Aeril berkongsi sepotong video mengusik isterinya dengan lukisan rama-rama sehingga membuatkan Wawa ketawa untuk tatapan umum.
“Walaupun hambar, aku nak post jugak,” tulis Aeril menerusi kicauan video tersebut.
Video berdurasi satu minit lebih itu menunjukkan Aeril memanggil isterinya yang lengkap bertelekung dan mengacau Wawa dengan kepak rama-rama ‘wingwingwing’ dan menjadikannya sebagai telefon.Walaupun hambar... aku nak pos jgak ?? pic.twitter.com/ThYztZmEuL— AERIL ZAFREL (@aerilzafrel) February 3, 2020
Hasil tinjauan Gempak di Twitter, rata-rata wargamaya tertarik dengan perbualan suami isteri ini yang menggunakan dialek Sabah.
Malah, ramai yang turut mencemburui kemesraan suami isteri ini yang begitu asli dan tidak dibuat-buat.
“Nak kena saman ke tayang sweet dekat orang single ni,” tulis seorang wargamaya.
“Aku tak faham apa yang nak yang disampaikan tapi aku sengih sensorang,” kata seorang wargamaya.
“Aeril Zafril ni satu dalam seribu, tak tahulah Wawa ni yang bertuah atau Aeril yang bertuah. Semoga mereka berdua kekal bersama,” puji seorang wargamaya.
“Bayangkan tak boleh masuk syurga sebab kacau isteri nak solat semata-mata nak wingwingwing HAHAHAHA,” usik seorang wargamaya lagi.
Video tersebut sehingga kini telah menerima hampir setengah juta tontonan dan 36,000 tanda suka daripada warga Twitter.
Sekadar info, Aeril dan Wawa, 28, mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Attar, Hayla, serta Aya Soffya yang lahir pada 1 Disember 2019.
Must-Watch Video