Hiburan
"Walaupun Khunsa, Di Makkah Dia Berusaha Kelihatan Lelaki..." - Wartawan Kongsi Kisah Mama Juwie
Sejak pagi semalam, sosial media telah dipenuhi dengan kecaman terhadap penampilan seperti wanita oleh usahawan kontroversi, Sajat ketika menunaikan umrah bersama keluarganya.
Namun, dalam pada pada ramai yang mengecam, seorang bekas wartawan jenayah telah berkongsi satu kisah yang mungkin boleh dijadikan rujukan buat sesetengah pihak.
Menerusi satu posting di Facebook (FB), Syahril A. Kadir berkongsi pengalamannya sepanjang mengenali wartawan hiburan iaitu Allahyarham Hj Abd Jalil Saleh atau lebih dikenali sebagai Mama Juwie.
Menurut Syahril, sepanjang Juwie hidup dia sering dicemuh masyarakat dengan panggilan seperti bapok dan pondan.
"Namun dia reda je sebab dia mengaku dia memang seorang khunsa (ada dua alat kelamin).
"Juwie ni kuat beribadat, kalau pergi ke Makkah, dia tetap berusaha kelihatan seperti lelaki walaupun kita semua tahu perwatakannya seolah-olah dia lebih kepada seorang wanita.
"Tak ada pulak dia terhegeh-hegeh nak bertelekung bagai depan Kaabah. Malah dalam banyak coretannya, dia banyak berdoa agar Allah kuatkan keimanannya di sebalik semua cercaan dan hinaan yang dia terima di muka bumi ini," katanya.
Tambahnya, walaupun Juwie sudah tiada di dalam industri, tetapi kebaikan dan keluhuran hatinya tetap menjadi bualan mereka yang mengenalinya.
"Semoga Sajat diberi hidayah untuk tidak terus kekal dalam dunia kepalsuannya itu. Semoga Allah menempatkan arwah Mama Salam Juwie di syurga tanpa hisab," katanya.
Anda boleh lihat posting Syahril di bawah.
Untuk rekod, Syahril pernah mengeluarkan bukunya sendiri berjudul Kriminal : Catatan Seorang Wartawan Jenayah pada 2016.