Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

"Walaupun Kita Semua Diuji..." - Fattah Amin Bersyukur Sambut Ramadan Istimewa Tahun Ini

Kamaruddin Razal 03/05/2020 | 23:55 MYT
Pelakon Fattah Amin menyifatkan sambutan Ramadan kali ini cukup istimewa.
Walaupun seluruh dunia diuji dengan wabak COVID-19, Ramadan menjadi landasan untuk kita meluangkan banyak masa dengan keluarga.
Fattah berkongsi isi hatinya menerusi kemas kini salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.
"Syukur Alhamdulillah. Ramadan yang cukup istimewa tahun ini walaupun kita semua di uji dengan COVID-19 tapi kita semua di beri kesempatan meluangkan masa yang banyak bersama keluarga.
"Solat jemaah bersama keluarga, sahur, berbuka, terawih bersama yang mungkin selama ini kita jarang berpeluang untuk tunaikan bersama," tulisnya.
Bintang utama drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot ini juga merasakan setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya.
"Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan kejayaan pasti menunggu kita semua Insya-Allah. Bagaimana dengan Ramadan anda setakat ini?" tanya Fattah.

Syukur Alhamdulillah. Ramadhan yang cukup istimewa tahun ini walaupun kita semua di uji dengan Covid-19 tapi kita semua di beri kesempatan meluangkan masa yang banyak bersama keluarga, solat jemaah bersama keluarga, sahur, berbuka, teraweh bersama yang mungkin selama ini kita jarang berpeluang untuk tunaikan bersama. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan kejayaan pasti menunggu kita semua InshaAllah. Bagaimana dengan Ramdhan anda setakat ini?

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on

Di ruangan komen, rata-rata peminat bersetuju dengan pendapat Fattah.
Dalam perkembangan lain, bekas juara Hero Remaja ini bakal menjadi bapa apabila isterinya, aktres Nur Fazura sedang hamil anak sulung mereka.
BACA: Fazura Hamil Empat Bulan, Fattah Amin Bakal Jadi Bapa… Tahniah!
Pasangan romantis ini mengumumkan yang Fazura sedang mengandung empat bulan pada pertengahan April lalu.
Buat pembaca Gempak, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19.
#Fattah Amin #Ramadan
;