,
Laman Utama

“Walaupun Kitchen Dah Tutup…”- Ibu Hamil Mengidam, Fazley Yaakob Hantar Sendiri Makanan Ke Rumah

Syafiqah Jalal
22/04/2021
08:38 MYT
Cef Selebriti, Datuk Fazley Yaakob menghantar sendiri makanan kepada seorang ibu hamil yang akui mengidam untuk merasa masakan dari restoran miliknya, restoran Minang Kapau.
Semuanya gara-gara wanita tersebut mengadu tempahan yang dibuat tidak tiba pada waktu sepatutnya.
Dek kerana rasa serba salah terhadap pelanggan berkenaan, Fazley telah menyiapkan serta menghantarkannya sendiri ke rumahnya.
“Semalam ada masalah teknikal dengan sistem tempahan dan delivery di restoran saya @minangkapau. Kerana itu, ada beberapa pelanggan yang buat order tetapi ia tak sampai ke pihak restoran. Jadi dua-dua pihak tak tahu-menahu tentang status order tersebut.
“Bila seorang pelanggan kata order dia tak sampai-sampai dah waktu Isyak dah, dan saya baca mesej WhatsApp beliau. Dan beliau seorang yang sedang mengandung dan sedang mengidam sangat makanan dari restoran saya.
“Saya rasa terkesan. Saya dan team kitchen berusaha juga walaupun kitchen dah tutup pada masa itu untuk siapkan makanan dan saya bergegas untuk menghantar kepada dia dengan perjalanan kira-kira 45 minit,” katanya.
Fazley berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Fazley memuat naik rakaman video perjalanannya membawa makanan tersebut sehingga bertemu dengan wanita hamil itu.
Tambah Fazley lagi dia amat memahami emosi ibu hamil dan memohon maaf atas serta bertanggungjawab atas apa yang berlaku.
“Sebagai seorang ayah kepada 4 orang anak dan seorang suami, saya faham sangat emosi seorang ibu mengandung.
“Saya mohon maaf kepada beliau dan moga makanan semalam masih panas dapat dinikmati walaupun sangat lambat.
“Salam sayang saya kepada baby dalam perut. Kepada semua peniaga makanan, tidak kira apa pun berlaku, jangan semudah itu salahkan pelanggan. Kita cuba sedaya upaya selesaikan masalah, selagi ia berpatutan dan munasabah,” beritahunya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Niat Pelanggan Nak Beli Aiskrim Bertukar Detik Cemas Apabila Disamun Lelaki Berparang

gempak
11/11/2024
06:25 MYT
Pelanggan sebuah premis menjual aiskrim di Pandamaran menempuh detik cemas apabila disamun dua lelaki berparang dalam kejadian pada 23 Oktober lalu.
Hiburan

“Makan Nasi Lemak Pun Kena Ambil Gambar, Hantar Pada Coach" - Joe Flizzow Jaga Kesihatan Demi Kebaikan Diri

gempak
09/11/2024
08:55 MYT
Penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow akui kekok apabila dipaksa memberitahu jadual pemakanannya setiap hari kepada jurulatih kesihatan gara-gara ingin memastikan tahap kesihatan dirinya berada dalam keadaan baik.
Hiburan

Ikut Petua Orang, Janna Nick Pernah Minta Nabila Razali Pijak Ibu Jari Kaki - "Saya Terdesak Nak Baby"

gempak
06/11/2024
18:55 MYT
Penyanyi, Nabila Razali memberikan kata-kata semangat buat aktres, Janna Nick yang meluahkan rasa kecewa selepas menerima komen jahat netizen yang menuduh suaminya iaitu aktor Dini Schatzmann terlebih hormon perempuan.
Hiburan

Tengah Syok Basuh Pinggan, Ryzal Ibrahim Terkejut Dapat Tahu Maryam Hamil Baby Kedua! Comel Bila Anak Siap Tunjuk Bukti

gempak
02/11/2024
11:55 MYT
Personaliti media sosial, Maryam Younarae melahirkan rasa syukur apabila dia kini hamil anak kedua.
Hiburan

"Jaga Isteri Sendiri, Tak Perlu Nasihat Kepada Duda-Duda Lain Macam Mana Nak ..." - Fazley Yaakob

gempak
01/11/2024
09:25 MYT
Cef selebriti terkenal Datuk Fazley Yaakob tampil menitipkan pesan kepada golongan lelaki khususnya suami yang masih berkahwin untuk menjaga isteri sendiri.
Unitar