Setiap wanita pasti mempunyai kisah mengidam mereka masing-masing sewaktu mengandung.

Cumanya, apa yang sering dihajati itu sama ada mudah atau sukar untuk ditunaikan sahaja buat sang suami.

Namun, berbeza pula dengan kisah bekas isteri pendakwah Da'i Farhan, Noorainul Naqim Mohd. Radzi atau lebih dikenali dengan panggilan Dr. Erin yang mengidam untuk makan nasi kerabu.

Katanya, apa yang dihajati itu hanya tertunai pada hari Ramadan ke-21 selepas ada pihak yang sudi menghantarkan makanan tersebut kepadanya.

"Ya Allah, akhirnya Ramadan ke-21 dapat makanan yang diidam-idamkan. Nasi kerabu Alor Setar sedap ni...orang kedah ni memang penyayang, baik hati, ambil berat semua cukup.

"Sudah payah pergi cari mai hantar. Tak adalah meleleh air liur nanti, semua sedap. Kerja penat pun puas hati dapat layanan macam ni," katanya.



Dalam posting tersebut, Dr Erin memuat naik gambar dirinya menikmati juadah tersebut ketika menginap di sebuah hotel di Alor Setar, Kedah.

"Walaupun makan sorang-sorang, tetapi terasa nikmat hidup..It's lonely at the top, that's why a bugatti has two seats and a bus has 50," tulisnya.


Perkongsian Dr Erin itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya yang mana rata-rata

"Puasnya dapat makan benda yang kita teringin. Waktu mengandung apa yang nak makan, makan je. Cari sampai dapat. Semoga dipermudahkan untuk baby," tulis salah seorang netizen.

Terdahulu, Dr. Erin mengejutkan ramai pihak apabila membuat pendedahan bahawa dirinya sudah bercerai dengan Da'i Farhan pada 27 April lalu.

BACA: "Perceraian Ini Saya Yang Minta Sebab Dah Penat Dengan Episod ..." - Rumah Tangga Dai' Farhan & Dr Erin Kini Berakhir

Sebelum pengumuman itu, Dr. Erin dalam satu entri di Instagram mengumumkan bahawa dirinya kini disahkan hamil.

BACA: "Terima Kasih Sebab Bagi Semua Kena Kuarantin Ada Kebaikan Juga .." - Isteri Dai' Farhan Umum Sedang Hamil Baby PKP

Kisah rumah tangga mereka mencuri tumpuan ramai apabila mereka bernikah di Makkah tanpa pengetahuan isteri pertama Da'i Farhan yang kemudian turut diceraikannya ketika sedang mengandung.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!