"Walaupun Malam Birthday Sambut Bawah Pokok Tapi Surprise Dia Berjaya" - Fattah Amin Terharu & Minta Idea Balas Surprise Untuk Fazura

Asraf Aided
September 16, 2018 08:00 MYT
Pelakon popular, Fattah Amin telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-28 pada 14 September lalu.
Menerusi entri di Instagram, Fattah mengatakan dia berasa terharu dengan 'surprise' yang dirancang oleh isterinya, Fazura.
"Saya akui disebalik ucapan yang dia (Fazura) berikan terhadap saya di media sosial, saya sangat berharap dia ada disisi saya sekarang.
"Walaupun malam 'birthday' saya sambut bawah pokok, namun 'surprise' yang dia rancang telah berjaya, saya berasa sangat terharu kerana dia sempat mengatur semua itu walaupun sedang sibuk dengan jadual kerja yang padat di New York," tulisnya.
Dalam bentuk gurauan, Fattah turut meminta idea dari netizen tentang cara untuk membalas 'surprise' buat Fazura yang bakal menyambut hari jadinya pada 27 September ini.
#Fattah Amin #Fazura #Fazura