Hiburan
"Walaupun Mummy Bukan Ibu Kandung Qarl, Tapi..." - Ini Ucapan Hanez Suraya Sempena Birthday Anak Tiri
Pelakon jelita Hanez Suraya melayangkan ucapan khas bersempena sambutan hari lahir anak tirinya, Putra Rayqarl Shah yang ke-8.
Aktres drama bersiri Autumn Di Hatiku itu mendedikasikan ucapan terbabit menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagram miliknya.
"Happy Birthday Rayqarl. Pejam celik dah lapan tahun dah. Semoga menjadi anak yang baik, sentiasa hormat mummy dad dan semua orang tua.
"Jangan lupa juga pada mom Qarl ya. Walaupun mummy bukan ibu kandung Qarl tapi mummy sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Qarl ya.
"Buktikan pada semua Qarl menjadi anak yg berjaya dan syg pada abg dan adik2 tau. Muah," tulis Hanez.
Berkongsi foto tiga orang anaknya, Hanez juga sempat menyelitkan eleman gurauan dalam ucapan tersebut.
"Bila tiga orang ni bergabung, mummy boleh jadi hulk. Seorang lagi yang kecil tu belum tahu lagi perangai dia. Silap-silap, mereka bertiga ni kena buli," selorohnya.
Berkahwin dengan ahli perniagaan, Romie Razin Adilha Abd Jais pada 14 Mac 2015, mereka menerima kehadiran dua anak perempuan iaitu Putri Aleesya dan Putri Raleensya.
Hasil perkahwinan Romie dengan bekas isteri, Nurliaya Abd Manan dikurniakan dua orang anak lelaki, Putra Adreeshah dan Putra Rayqarl Shah.
Must-Watch Video