Berita
"Walaupun Nama Yang Sama Alif Tetapi Sikap Aliff Aziz & Alif Satar Berbeza, Begitulah PU, Bukan..." - PU Rahmat
Pendakwah dan peserta rancangan Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan mengakui nama yang sama pada sesorang itu tidak akan menunjukkan sikap yang serupa.
Menerusi entri di Twitter, PU Rahmat berharap agar orang ramai tidak membandingkan sikap seseorang itu berdasarkan nama atau gelaran yang ada.
"Walaupun nama yang sama Alif tetapi sikap Aliff Aziz dan Alif satar berbeza.
"Begitulah PU, bukan semua sama. Bukan semua lelaki sama.
"Semua marah Aliff Aziz tapi ramai juga yang suka tonton drama Playboy Itu Suami Aku. Kenapa? Sebab fantasi tidak seindah realiti.
"Ada ustaz menceraikan isteri mengandung, ada suami curang berkali-kali dan ada isteri jaja aib suami.
"Realiti itu pahit. Sabarlah kerana syurga itu manis," tulisnya.
Menerusi ruangan tersebut, rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh PU Rahmat.Walaupun nama yang sama ALIF tetapi sikap Alif Aziz dan Alif satar berbeza.Begitulah PU , bukan semua sama .Bukan semua lelaki sama— PU Rahmat Ikhsan (@pu_rahmat) May 15, 2019
Terdahulu, rumah tangga pasangan berkenaan mengalami masalah apabila satu persatu kecurangan Aliff didedahkan.
Belum reda kisah Aliff curang bersama seorang gadis dikenali sebagai Nismel, tular di Internet gambar penyanyi Singapura itu bercium dengan seorang wanita lain pula.
Gambar terbabit memaparkan Aliff dan wanita yang juga model itu memakai baju sedondon berwarna merah dalam aksi yang cukup mesra yang dipercayai diambil di sebuah pusat hiburan.
Bagaimanapun, akibat sikap yang ditunjukkan oleh Aliff Aziz itu, Alif Satar menjadi bahan bualan apabila diserang oleh netizen.
Must-Watch Video