"Walaupun Orang Dekat Luar Banyak Betul Yang Kutuk-Kutuk Dia & Suka Ambil Kesempatan, Tapi ....." - Ekin Dedah Sikap Sebenar Mawi

Rozaimi Zubaidi
Disember 10, 2018 07:06 MYT
Isteri kepada Juara Akademi Fantasia 3 dan penyampai radio, Mawi, Ekin mengakui kagum dengan sikap yang ditunjukkan oleh suaminya sejak pertemuaan awal mereka sejak dulu lagi.
Menerusi entri di Instagram (IG), Ekin berkongsi sikap sebenar Mawi walaupun suaminya sering mendapat kritikan daripada orang ramai.
"Sayang orang sebelah ni. Dia la orang yang Ekin kenal dari dulu sampai ke hari ini sama je tak banyak beza.
"Orangnya sangat-sangat jujur, baik hati, suka tolong orang, penyabar, tak suka kutuk-kutuk orang, tak suka membawang, selalu memaafkan orang.
"Walaupun orang dekat luar tu banyak betul yang kutuk-kutuk dia, sakitkan hati dia dan suka ambil kesempatan kat dia.
"Tapi dia relax dan steady je. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi you dunia dan akhirat. Amin yarabal alamin," tulisnya.
Rata-rata memuji sikap yang ditunjukkan oleh Mawi dan ada juga mengatakan bawa Ekin merupakan seorang isteri yang beruntung kerana mempunyai suami yang baik.
#Penyanyi #Mawi #Penyanyi #Ekin