Hiburan

Walaupun Paha Cramp, Neves Berjaya Tamatkan Larian 55 Kilometer

Amri Hassan
30/07/2018
02:46 MYT
Vokalis kumpulan Pretty Ugly, Neves berkongsi pengalaman apabila berjaya menamatkan larian sejauh 55 kilometer walaupun berdepan detik mencemaskan.
Apa yang terjadi kata Neves, otot pada bahagian paha kanannya kejang apabila sampai larian ke-22 kilometer.
"Paha cramp sepanjang larian bermula dari KM 22.
"Walaupun begitu, berjaya juga habiskan larian Cultra 55KM ni," tulisnya di Instagram.
Tambah Neves atau nama sebenarnya Raizan Zainal Abidin, larian itu merupakan edisi ketiga penyertaannya sejak tiga tahun lalu.
"Semalam adalah tahun ke-3 aku join Cultra. 2016 & 2017 ambil kategori 100km.
"Syukur tahun ini aku buat keputusan ‘bijak’ sikit tak seperti tahun-tahun yang sudah.
"P. Ramlee cakap kalau nak buat sesuatu, buat sampai tiga kali je maksimum.
"Thank you petugas medik di CP4 yang tolong redakan kesakitan semalam. To all Cultrarians, well done!" tambahnya.
Akaun Instagram Neves dihujani ucapan tahniah dan doa daripada peminat yang meminta agar penyanyi itu lebih berwaspada dan menjaga keselamatan diri selepas ini.
Cultra (Cameron Ultra Trail) 2018 merupakan acara trailtalon popular bertempat di sekitar Tanah Rata Cameron Highlands dan disertai oleh ribuan peserta dari dalam dan luar negara.
Acara antarabangsa itu berlangsung selama dua hari dan melibatkan larian sejauh 15km, 30km, 55km dan 100km.
Teks oleh: Amri Hassan Foto: @nevespugly
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Pretty Ugly Rakam Semula Lagu Arwah Siti Sarah, Lancar Album Ke-5 Kompilasi Lagu-Lagu Hit

gempak
28/01/2022
23:50 MYT
Ini yang menarik tentang album kelima Pretty Ugly!
Berita

Flop Poppy Bakal Beraksi 25 Lagu Dalam 4 Jam, Hantar Sendiri Tiket Pada Peminat

gempak
30/08/2018
06:14 MYT
Berita

Neves Pretty Ugly Kahwin Di Usia 43 Tahun

gempak
17/12/2017
06:23 MYT