Hiburan

Walaupun Rotten Tomatoes Beri Rating 56%, The Lion King Catat Kutipan Global RM2.18 Bilion

gempak
Azwa Rahman
23/07/2019
08:33 MYT
Sponsor Banner
Walaupun Rotten Tomatoes Beri Rating 56%, The Lion King Catat Kutipan Global RM2.18 Bilion
Filem bikin semula, The Lion King berjaya mencatatkan kutipan global box office berjumlah AS$531 juta (RM2.18 bilion) selepas hanya 10 hari ditayangkan.
Ia sekali gus meletakkan filem terbitan Disney ini di tempat ke lapan filem paling laris sepanjang zaman untuk minggu pertama tayangan.
Memetik laporan Astro Awani, filem ini juga berjaya menempah tempat ke tujuh filem paling laris bagi tahun ini.
Antara negara yang berjaya catat kutipan tertinggi adalah Utara Amerika dengan kutipan berjumlah AS$185 juta (RM761.18 juta), lapor portal hiburan Variety.
Ia diikuti dengan United Kingdom yang berjaya catat kutipan AS$19.9 juta (RM81.8 juta), Perancis dengan AS$19.6 juta (RM80.6 juta) dan Mexico dengan AS$ 18.7 juta (RM76.94 juta).
Pada masa sama, filem ini mudah mengalahkan kutipan filem Incredibles 2 bagi kategori kutipan pembukaan tertinggi.
Meskipun pengkritik filem bercampur baur dengan filem tersebut apabila Rotten Tomatoes memberikan rating hanya 56 peratus, namun penonton nyata teruja menonton filem tersebut.
Diarahkan oleh Jon Favreau, filem bikin semula dari animasi Disney klasik 1994 ini menampilkan latar suara ‘A-list’ seperti Donald Glover sebagai Simba, Beyonce sebagai Nala dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live