Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Walaupun Rumah Ditenggelami Air Banjir, Mua Bellaz Tetap Posing OOTD Ketika Beri Bantuan - “Cantiknya Mangsa Banjir Ni”

Khairil Khusyairi
22/09/2024 09:55 MYT
Jurusolek terkenal Mua Bellaz mencuri tumpuan warganet apabila berkongsi keadaan terkini kawasannya yang dinaiki air banjir baru-baru ini.

Kediaman Dinaiki Air Banjir

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila Zulyadaini, memuat naik foto dia dan suami ketika dalam perjananan ke pekan.

Difahamkan, kediaman Bellaz juga ditenggelami air banjir yang melanda negeri-negeri di sebelah utara semenanjung itu.

Namun, apa yang mencuri tumpuan adalah Bellaz tetap tampil segak apabila mengenakan baju kurung serta bersolek biarpun ditimpa musibah.

“Walaupun air banjir, OOTD (outfit of the day) jangan dilepaskan. Alang-alang nak keluar pergi ke pekan tadi sempat OOTD,” kongsinya.

Dalam pada itu, Bellaz turut memaklumkan suaminya yang mesra disapa Mat Nuart turut membantu mangsa-mangsa banjir yang terjejas.

“Mat Nuart tak boleh berlawa sebab dia memandu ulang alik ambil orang dalam kampung. Sebab kereta dia tinggi lepas sikit keluar masuk kampung. Hari ini air makin naik dari semalam,” tulisnya lagi.

Dipuji Cantik & Murah Hati

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian ibu kepada empat cahaya mata itu.

Rata-ratanya memuji keperibadian Bellaz dan suami yang sentiasa bermurah hati membantu masyarakat.

Ada juga yang turut memuji penampilan Bellaz berbaju kurung tersebut.

“Masya-Allah..patut Allah melimpahkan rezeki utk Bella dan Matnuart.. sejenis ringan dan tak kekok bantu orang lain,” komen pengikut.

“Aww banjir pun tetap cantik. Take care dan stay safe,” tulis warganet lain.

“Effort Bellaz Ya Allah mudahkan urusan Bellaz,” puji pengikut lagi.

“Kalau dah cantik tu ootd dalam banjir pun tetap cantik eh!,” puji warganet lain.

#Netizen #Banjir #Bantuan #Jurusolek #Popular #Mua Bellaz #Pemurah #Dipuji