Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Walaupun Sarat Hamil, Kareena Kapoor Sanggup Terbang Jauh Jumpa Suami

Ahmad Shah 20/10/2016 | 07:53 MYT

Pelakon popular Bollywood Kareena Kapoor yang sedang sarat hamil lapan bulan sanggup menaiki pesawat untuk bertemu suaminya Saif Ali Khan di Kerala India.

Menurut laporan The Times of India, paparazzi berjaya merakam gambar terbaru ‘baby bumb’ Kareena, ketika dia berada di Lapangan Terbang Kerala.

Difahamkan, Kareena terbang jauh untuk bertemu suaminya semata-mata mahu meraikan hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke empat.

Saif ketika itu sedang menjalani penggambaran filem terbaru Chef dan merasakan kegigihan Kareena berbuat demikian hanya untuk meraikan hari ulang tahun perkahwinan mereka sebagai sesuatu yang amat luar biasa.

Pasangan merpati dua sejoli ini disatukan pada 16 Oktober 2012 dan bakal meninang cahaya mata pertama pada Disember tahun ini.

Semoga Kareena selamat melahirkan anak dan dikurniakan zuriat yang bijak dan cantik sepertinya.

Olahan: Mohd Ishahrulddin Tahir

Sumber:The Times of India

#Artis Antarabangsa #Kareena Kapoor
;