Laman Utama
“Walaupun Saya Tak Kenal…”- Dituduh Guna Duit Haram Oleh Azwan Ali, Ziha AF Beri Kenyataan Balas
Bekas peserta Akademi Fantasia 204 (AF 2014), Ziha tidak berdiam diri selepas pengacara Azwan Ali atau Diva AA mendakwa dirinya menggunakan duit haram kerana sering menayang rumahnya yang dianggap mewah.
Diva AA menerusi statusnya di Twitter menuduh Ziha sengaja menayang ruang dapurnya yang mempunyai dekorasi yang mahal.
Menurut Diva AA Ziha tidak mampu untuk memiliki semua itu kerana mendakwa penyanyi tersebut sudah ‘tidak laku’.
Ziha yang memuat naik paparan skrin gambar status tersebut ke Instagram miliknya bagaimanapun dengan tenang memberi kenyataan balas.
Ziha pertama kali telah meminta maaf kepada pengacara tersebut jika dia ada membuat kesilapan terhadapnya.
Menurut Ziha dia bersyukur dengan rezeki yang telah dikurniakan oleh Maha Esa dan tidak lupa ia hasil dari doa ibu bapanya.
“Maafkan saya sekiranya ada salah saya dekat awak, walaupun saya tak kenal awak personally.
“Rezeki yang Allah beri semuanya dah tertulis. Baik rezeki kesihatan mahupun rezeki dikelilingi orang yang baik-baik.
“Saya bersyukur seadanya. Kami suami isteri berusaha sebaik mungkin untuk berikan yang terbaik untuk anak-anak dan keluarga kami.
“Apa yang kami ada, adalah dari restu dan doa kedua ibu bapa kami. Disebabkan didikan dan dorongan mereka, kami masih dan terus berusaha dalam apa jua kerjaya yang kami lakukan.
“Semoga dipermudahkan segala urusan harian kita,” jawabnya dengan tenang.
Entri tersebut telah mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata menganggap dakwaan Diva AA sebagai keterlaluan.
Must-Watch Video