"Walaupun Sibuk Dengan Covid- 19, KKM Tetap Laju Selesaikan Masalah Denggi" - Puji Dayana Roza

Badrul Hashim
April 17, 2020 04:30 MYT
Pelakon drama Abang Bomba I Love You, Dayana Roza dikatakan baru sahaja sembuh daripada demam denggi yang dihadapinya.
Dalam satu entri di Instagram miliknya, Dayana memuji kecekapan Kementerian Kesihatan Malaysia yang pantas menangani masalah denggi.
"Saya baru sembuh dari demam denggi & saya puji kecekapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Walaupun tengah sibuk dengan masalah covid- 19, KKM tetap laju untuk selesaikan masalah denggi, tulis Dayana pada entri bervideo itu.
Tambah Dayana, Pejabat Kesihatan Hulu Langat hanya mengambil masa sehari dua sahaja untuk menyelesaikan masalah denggi di kawasan perumahannya.
"Kelmarin dulu Pejabat Kesihatan Hulu Langat call untuk ambik report, kelmarin datang check kawasan rumah & petang semalam datang fogging kawasan perumahan saya.
"sebagai rakyat malaysia, saya sangat bangga dengan KKM. Tahniah & Terima kasih Kementerian Kesihatan Malaysia," puji Dayana lagi.
Pesan Dayana kepada semua supaya sentiasa #staysafe walaupun ketika berada di rumah. Pastikan kawasan rumah bersih kerana denggi juga merbahaya.
#Denggi #Dayana Roza