Advertorial
Walaupun Sibuk Urus Kafe, Cheryl Samad Sempat Bawa Anak-Anak Bercuti
Walaupun sibuk dengan perniagaan Loki Kafenya, pengacara popular Cheryl Samad masih mempunyai masa untuk membawa anak-anaknya pergi bercuti.
Menerusi program WOW Bersama Genki! Cheryl berpeluang menikmati percutian bersama anak-anak dan suami ke Ipoh.
Lebih menarik lagi, Cheryl teruja apabila dapat menginap di sebuah tempat yang sangat cantik berlatar belakangkan batu kapur berusia jutaan tahun.
Mungkin ramai peminat Cheryl tertanya-tanya ke mana hilangnya dia selama ini, lebih-lebih lagi selepas memperlahankan aktiviti seni kerana mahu memberikan keutamaan kepada keluarga tercinta.
Ikuti perjalanan Cheryl dan suami serta dua orang anaknya yang comel meneroka tempat menarik di Ipoh bersama Genki! Pants.
Dalam pada itu, Cheryl turut berkongsi tips sebelum memulakan perjalanan jauh bersama anak-anak.
Menurut Cheryl selain keperluan asas seperti lampin pakai buang, beg plastik, tisu basah dan pelapik dia akan pastikan sentiasa membawa snack untuk anak-anaknya.
“Saya akan pastikan membawa makanan yang sesuai untuk kanak-kanak dan bayi kerana mereka sentiasa lapar.
“Bagi saya makanan segera itu penting kerana bila anak-anak lapar, kita boleh terus bagi dan mengelakkan mereka menangis.
“Dengan itu perjalanan akan jadi lebih lancar,” katanya.
Jangan lupa untuk saksikan WOW Bersama Genki! setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) & Astro Ria HD (saluran 123).
WOW Bersama Genki! dibawakan oleh Genki! Pants pasti mengagumkan si manja dengan keselesaan bagai dilapik kelembutan awan!
Untuk memenangi percutian tiga hari dua malam bersama keluarga, jangan lupa layari laman web: www.wowbersamagenki.com.my