Pelakon Nadiya Nisaa akui terharu apabila ada peminat memberitahu dia sedang tonton semula lakonannya dalam drama Adam & Hawa yang pernah popular lapan tahun lalu.

Nadiya turut akui watak Ain Hawani dalam drama tersebut masih melekat dalam jiwanya dan tiada gantinya.

Mengimbau kembali menjayakan drama tersebut, Nadia memberitahu pada mulanya ramai yang tidak yakin dengan kemampuannya untuk membawakan watak utama drama yang diadaptasi dari novel popular itu.

“Hari saya selalu diceriakan dengan nota ikhlas daripada peminat. How sweet this story by @feldatun

“Saya terhutang budi sekali dengan semua penonton Adam & Hawa yang walaupun sudah 8 tahun yg lalu siarannya tapi masih tetap tonton sehingga sekarang.

“Watak Ain Hawani tetap melekat dalam jiwa saya dan tiada ganti. Pengalaman bersamanya pahit & manis akan saya simpan sampai bila-bila.

“Masih saya ingat lagi sewaktu pembaca novel ini mendapat tahu bahawa novel kesayangan mereka diadaptasi ke drama bersiri, ramai yang meragui kemampuan saya sebagai pelakon baru untuk membawakan karakter yang berat ini dengan baik.

“Saya sendiri juga bisik dalam hati, “Apa bisa saya mengharungi 80 episod turun naik emosi transformasi seorang gadis kepada wanita?” “Mahukah saya, 5 bulan lamanya dedikasi masa saya bersama produksi ini ke Perth, Australia dan Mekah Madinah?”

“Tetapi Allah itu Maha Mengetahui, diberinya kemudahan dalam cabaran. Saya ketemu barisan pelakon yang sangat komited dan akhirnya terjalin silatulrahim yang istimewa sehingga sekarang,” tulisnya.

Nadiya berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik paparan skrin mesej peribadi peminatnya yang menceritakan pengalamannya menonton drama itu suatu ketika dahulu sehingga mempengaruhinya untuk menamakan anak kembarnya sebagai Adam dan Hawa.

Nadiya turut mengajak peminatkan untuk turut berkongsi pengalaman mereka menonton drama yang turut menampilkan Aaron Aziz sebagai heronya.

“Jadi sempena Perintah Kawalan Pergerak (PKP) ni, mari kongsi kisah Adam & Hawa anda kalau sudi, sebab saya tau ada yang sedang marathon balik semua 80 episod,” mintanya.

السلام عليكم Hari saya selalu diceriakan dengan nota ikhlas daripada peminat. How sweet this story by @feldatun ? Saya terhutang budi sekali dengan semua penonton #AdamdanHawa yang walaupun sudah 8 tahun yg lalu siarannya tapi masih tetap tonton sehingga sekarang ? #AinHawani tetap melekat dalam jiwa saya dan tiada ganti. Pengalaman bersamanya pahit & manis akan saya simpan sampai bila-bila. Masih saya ingat lagi sewaktu pembaca novel ini mendapat tahu bahawa novel kesayangan mereka diadaptasi ke drama bersiri, ramai yang meragui kemampuan saya sebagai pelakon baru untuk membawakan karakter yang berat ini dengan baik. Saya sendiri juga bisik dalam hati, “Apa bisa saya mengharungi 80 episod turun naik emosi transformasi seorang gadis kepada wanita?” “Mau kah saya, 5 bulan lamanya dedikasi masa saya bersama produksi ini ke Perth, Australia dan Mekah Madinah?” Tetapi Allah itu Maha Mengetahui, diberinya kemudahan dalam cabaran. Saya ketemu barisan pelakon yang sangat komited dan akhirnya terjalin silatulrahim yg istimewa sehingga sekarang, @aarondwiaziz @elfaezaulhaq @dazrin88 @anzalnanasir88 @shakillakhoriri @ryzal_jaafar @fadilahmansor @rozierashid69 @aznahamid @amyzaaznankaaia & lain2 u know who u are ☺️ Saya juga ada my strongest support system @ferozkader_75 @ejumpmohd @adilaramly @aliaramly @globalstationsb @aisyasofea yang yakin saya boleh despite of what other people said ? Jadi sempena PKP ni, mari kongsi kisah #AdamdanHawa anda kalau sudi ☺️ sebab saya tau ada yg dok marathon balik semua 80 episod ? Saya nak baca.

A post shared by Nadiya Nisaa K (@nadnisaa) on