Viral

Walaupun Tak Dapat Straight A’s UPSR, Pelajar Dari Kedah Ini Tetap Dapat Jambangan Wang Tunai RM10,000 Daripada Ibu & Bapanya!

gempak
Fiza Kamarudin
25/11/2019
09:14 MYT
Sponsor Banner
Walaupun Tak Dapat Straight A’s UPSR, Pelajar Dari Kedah Ini Tetap Dapat Jambangan Wang Tunai RM10,000 Daripada Ibu & Bapanya!
Seorang bekas calon peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2019, Muhammad Danish Haziq yang memperoleh keputusan 5A dan 1B menerima hadiah jambangan wang tunai berjumlah RM10 ribu ringgit daripada ibu dan bapanya.
Perkara tersebut mula tular selepas penggubah wang tersebut memuat naik beberapa keping foto di laman sosial Facebook Una Rushana.
Difahamkan ibu dan bapa Danish merupakan pengusaha kafe menghadiahkan wang tunai RM10,000 yang digubah menjadi bunga kepada anaknya itu kerana telah berjanji.
Nor Ashikin berkata, anaknya itu sangat aktif dalam sukan seperti bola sepak dan bola baling. “Perkara itu membuatkan dia sering sibuk sehingga tertinggal banyak dalam pembelajarannya di sekolah. Sebagai ibu, saya tidak boleh biarkan perkara itu.
“Apatah lagi dia memang sudah sasar masuk sekolah berasrama penuh. Jadi dengan berbaki tiga bulan sebelum UPSR, saya minta dia belajar bersungguh-sungguh dan menjanjikan hadiah jika mendapat keputusan cemerlang.
“Sebelum ini, dia minta saya dan suami belikan model baharu telefon pintar jenama iPhone. Namun kami tidak mahu sebab takut nanti dia lalai jadi kami janji beri RM10,000,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Menetap di Alor Setar, Kedah, dia menyaksikan sendiri kesungguhan anaknya itu sehingga sering melihatnya tertidur ketika membaca buku.
“Kami berniaga sendiri dan banyak menghabiskan masa di kafe. Masa dengan anak-anak tiada. Jadi ini saja yang mampu kami beri.
“Kami bukan keluarga senang. Saya dan suami menggunakan wang simpanan kami selain bertungkus lumus berniaga bagi mencukupkan jumlah itu dalam masa tiga bulan.
“Alhamdulillah, keputusan Danish sangat memuaskan walaupun bukan 6A. Apabila, kami beri wang itu terus dia kata nak simpan dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).
“Kebetulan, semua anak kami masing-masing memang simpan wang simpanan mereka dalam akaun terbabit,” katanya.
Nor Ashikin berkata, dia tidak mengetahui kisah mengenai gubahan RM10,000 itu tular di media sosial berikutan semua gambar itu diambil pemilik kedai tempahan bunga itu.
Sementara itu, Pemilik Rak Bunga Florist, Una Rushana berkata, itu kali pertama perniagaannya menerima tempahan gubahan RM10,000 bagi meraikan keputusan UPSR.
“Wang itu hanya dihantar pada 5 petang dan kami ada masa empat jam bagi menyiapkan gubahan itu sebelum makan malam bagi meraikan Danish bermula.
“Alhamdulillah, walaupun ia tempahan saat akhir, namun kami berjaya menyiapkan gubahan wang tunai RM10,000 itu,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live