Dalam hujan renyai petang-petang ni, Miss K rasa terharu pula apabila terbaca posting kekasih Afifah Nasir iaitu, Wan Ariff di ‘Insta Story’nya.

Sampaikan kopi yang Miss K minum ni, dah tak ada rasa pahit. Serius!

Sebenarnya sejak kontroversi Afifah dan Aiff berlaku, Miss K dah pantau akaun Instagram Wan Ariff ni.

Miss K terpaku dengan sikap ‘gentleman’ Wan Ariff yang setia disisi Afifah disaat semua orang sedang mengecam dan melempar kata nista kepada kekasihnya itu.

Kalau Miss K berada di tempat Afifah, sampai mati pun Miss K tak akan cari yang lain. Sumpah! Sudahlah elok paras rupa, ‘gentleman’ pulak tu.



Mana nak cari lelaki berkualiti macam Wan Ariff zaman sekarang ni dikkkk..Miss K yakin, Afifah juga terharu dengan kepercayaan ditunjukkan kekasihnya itu.

Kesungguhan Wan Ariff membela wanita yang disayanginya membuktikan dalam dunia ini masih ramai lagi lelaki sejati.

Tahniah Wan Ariff! Teruskan menyokong dan memberi semangat kepada Afifah ya. Kerana Miss K yakin di saat ini dia sangat-sangat memerlukan kekuatan.

Miss K: Bila agaknya lelaki sejati macam Wan Ariff nak lamar Miss K...? Hmmm...