Wan Chik Daud Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Penyakit
Amri Hassan
26/09/2020 08:51 MYT
26/09/2020 08:51 MYT
Pelakon veteran yang popular menerusi filem Do Re Mi, Wan Chik Daud telah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 10 pagi pada Sabtu.
Menurut pembantu yang menjaga arwah, Puan Fauziah, Wan Chik, 80, meninggal dunia akibat pelbagai komplikasi penyakit.
Jenazah Allahyarham Wan Chik kini berada dirumahnya di AU 3 Lembah Keramat.
Allahyarham Wan Chik juga pernah muncul dalam program realiti Akademi Fantasi musim ke 4 sebagai pengkritik jemputan dan beliau juga pernah muncul dalam iklan “Lasindah Cafe” bersama arwah suaminya M.Rajoli.
Wan Chik yang terkenal menerusi filem Do Re Mi sebagai Milah serta filem Nasib Do Re Mi sebagai Jururawat.
Allahyarham juga pernah dinobatkan sebagai Ratu Kebaya Pulau Pinang dan berkerja sebagai penyampai Berita di RTM sebelum dilamar oleh Tan Sri P Ramlee untuk kedua-dua filem tersebut.
#GempakNews: Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Wan Chik Daud. Semoga rohnya dicucuri rahmat.