Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Wan Raja ‘Inform’ Isteri Jika Perlu Lakon Babak Romantik - “Saya Bukanlah Kena Minta Kebenaran…”

Asyikin Mayudin
19/03/2024 08:55 MYT
Kontroversi melibatkan orang ketiga dan hubungan terjalin antara pelakon di set penggambaran masih menjadi topik hangat diperkatakan di media sosial sehingga kini.

BERITA TRENDING: “Tak Ajak Wife Sekali Ke Makan Makan?” - Ramai Setuju Bila Eyra Hazali Persoal Kenyataan Ruhainies, Aliff Aziz

Sebagai pelakon yang berstatus suami, Wan Raja memberitahu dia mempunyai cara tersendiri dalam mencari keserasian dengan pasangan gandingannya dalam mana-mana karya.

Malah Wan Raja juga berkata isterinya iaitu Yaya Maembong juga tidak mempunyai masalah apabila dia digandingkan dengan aktres Fasha Sandha dalam drama Malang Si Puteri.

“Kami dah bekerjasama dalam tiga ke empat kali sebelum ini, jadi tak ada isu siapa sondol siapa atau sondol menyondol… tak ada. Kami dah ada keserasian dan memang rapat.

“Isteri saya pun okay sahaja saya berlakon dengan Fasha, dia tak ada masalah. Sama juga dengan Aidil, kalau Fasha berlakon dengan saya pun, dia okay.

“Di luar set pun saya pernah berjumpa dengan Fasha dan Aidil, isteri saya pun ada sekali jadi kami dah memang saling mengenali,” kata Wan Raja kepada Gempak.

Wan Raja berkongsi perkara itu ketika sesi temu bual bersama barisan pelakon drama Malang Si Puteri secara maya pada baru-baru ini.

Demi menghormati hubungan suami isteri, Wan Raja turut mendedahkan dia akan sentiasa memberitahu isteri terlebih dahulu mengenai watak yang akan dilakonkannya terutama jika ia melibatkan babak romantik.

“Saya bukanlah kena minta kebenaran isteri dahulu. Saya juga tak memilih tapi bila baca skrip dan banyak babak romantik saya akan kongsi dengan isteri.

“Dengan orang lain yang saya tak pernah bekerja lagi tiba-tiba nak romantik, agak susah juga. Saya bukan jenis bina chemistry di luar set, nak lepak-lepak atau nak kenal hati budi.

“Saya jenis straight to the point, semasa kerja apa yang perlu saya buat, saya akan buat,” ujarnya.

Untuk info, selain Raja Azura, drama Malang Si Puteri turut dibintangi oleh barisan pelakon hebat antaranya Fasha Sandha, Wan Raja, Hafreez Adam dan Malek McCrone.

#Fasha Sandha #Yaya Maembong #Wan Raja #Aidil Aziz #Malang Si Puteri
;