Wan Sharmila Merajuk, Syazwan Zulkifly Pujuk Beri Cincin, Peminat Komen “Cepatlah Kahwin! Bersemut Sangat Ni!”

Mya Amri
September 21, 2020 09:37 MYT
Pelakon Syazwan Zulkifly mendapat perhatian peminat selepas menghadiahkan sebentuk cincin kepada aktres Wan Sharmila.
Syazwan juga berkongsi video pendek merakamkan momen manis sewaktu memberikan kejutan kepada Wan Sharmila atau lebih mesra dipanggil Lala.
Menerusi video yang dikongsi Syazwan di akaun Instagramnya, aktor itu menjelaskan hadiah tersebut merupakan inisiatif dirinya untuk memujuk Lala yang sedang merajuk.
“Sehari juga kakak korang @lala.wansharmila ni merajuk tak balas WhatApps dan korang tengoklah muka dia masa awal-awal live tu, masam je kan? Ini dia dah boleh senyum balik, kira okay lah tu kan? Hehe,” tulisnya.
Walaupun hubungan mereka sekadar kawan, namun menerusi ruangan komen rata-rata peminat berharap Syazwan dan Lala menjadi pasangan.
Tidak kurang juga ada yang mendoakan hubungan mereka berakhir hingga ke jinjang pelamin.
“Kita kawan bukan kahwin… Hehehe kawan-kawan dulu, esok-esok ada jodoh kahwin ya,” komen @juesyah25
“@syazwanzulkifly pun dah luahkan melalui lagu background... Tolonglah lala @lala.wansharmila kahwin dengan Syazwan,” pujuk @nadiadasuki
“Asal saya senyum memanjang tengok video ni. Lagu ni @syazwanzulkifly suka nyanyi time live IG. Sesuai sangat. Good job bro. Semoga yang baik-baik sahaja untuk korang. @lala.wansharmila,” tulis @lunia_ainul
Terdahulu, Lala sebelum ini mengakui ramai peminat yang menginginkan mereka menjadi pasangan suami isteri sama seperti dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2.
BACA: Peminat Suruh Kahwin Dengan Syazwan Zulkifli, Ini Jawapan Wan Sharmila
#Wan Sharmila #Syazwan Zulkifly