Hiburan

Wan XOXO Kemalangan, Terlanggar Serpihan Besi Jatuh Dari Lori

gempak
Fiza Kamarudin
16/03/2020
23:38 MYT
Sponsor Banner
Wan XOXO Kemalangan, Terlanggar Serpihan Besi Jatuh Dari Lori
Pelawak dari kumpulan XOXO, Hazwan atau Wan terlibat dalam kemalangan jalan raya pada petang semalam (Isnin)
Kejadian tersebut berlaku di lebuhraya NKVE ketika pelawak tersebut dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sentul, dari tempat kerja.
Chot yang juga anggota XOXO ketika dihubungi gempak memberitahu, Wan kini berada dalam keadaan stabil di hospital.
Menurut Chot, punca kemalangan adalah disebabkan Wan yang menunggang motorsikal terlanggar besi yang jatuh dari lori.
Akibat kemalangan tersebut, Wan mengalami kecederaan di dahi, tangan dan kaki.
Tambah Chot lagi, Wan sudah menjalani imbasan x-ray dan keputusannya akan diketahui pada hari ini.
“Alhamdulillah, Wan berada dalam keadaan stabil dan esok (hari ini) keputusan x-ray keluar dan kesan koyak di dahi juga mungkin akan dijahit.
“Selain koyak di dahi Wan bengkak pada bahagian muka serta mengalami luka kecil pada kaki dan tangan.
“Terima kasih kepada yang mendoakan kesihatan sahabat saya,” katanya.
Wan dimasukkan ke Hospital KPJ Tawakal, Kuala Lumpur.
Terdahulu, Chot telah berkongsi mengenai kejadian yang menimpa sahabatnya itu di laman sosial Instagram (IG)nya.
Jangan lupa muat naik aplikasi Astro Go untuk menonton program-program terbaik Astro secara online! Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live