Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Wang Ringgit Punca Segala Kejahatan” - Netizen Kongsi Pendapat Menonton Penunggang Agama 2

Azwa Rahman
04/11/2021 05:38 MYT
Filem seram thriller Penunggang Agama 2 terbitan Astro Shaw dan Skop Productions kini sudah berada di saluran Astro First bermula 19 Oktober yang lalu.

Jika dibandingkan filem pertama dengan Penunggang Agama 2, sekual kali ini lebih terang dan bersuluh dalam menghuraikan definisi ‘penunggang agama.’

Di laman sosial Twitter, seorang pengguna memberikan pandangannya yang diperolehi selepas menonton filem seram islamik tersebut.

“Penunggang Agama 2 mengajar saya bahawa wang ringgit adalah akar kepada segala kejahatan. Selain itu, tidak kira siapa pun yang anda telah berbuat salah, anda perlu minta maaf.

“Minta ampun dengan Allah lebih senang daripada meminta dengan manusia. Minta maaf pada mereka sebelum semuanya terlambat,” jelasnya lagi.

Filem sekuel ini dibintangi pelakon hebat seperti Zul Ariffin (Amir), Azira Shafinaz (Anna), Tony Eusoff (Father Michael), Salina Saibi (Huda), Johan As’ari (Hafiz), Dato’ Rahim Razali (Datuk Fawwas), Anna Jobling (Anak Datuk Fawwas), Puteri Nurqaseh (Sarah), Burhan Sidqi (Bakhtiar) dan Sharifah Aisyarha (Anim).

Penunggang Agama 2 mengisahkan rentetan Amir dan Anna yang diganggu oleh Huda akibat dendam lama.

Sementara itu, Amir mula obses dengan kerja sampingannya, iaitu merawat penyakit dan gangguan makhluk halus kerana ganjaran lumayan yang diterima.

Kehebatan Amir dalam menyembuhkan pesakitnya juga turut tular di media sosial dan itu membuatkan dia semakin selesa dengan gelaran Ustaz.

Kehadiran seorang paderi bernama Father Michael telah mencabar ego dan kredibiliti Amir.

Saksikan filem Penunggang Agama 2 yang akan berada di Astro First bermula 19 Oktober 2021.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam secara berulang-ulang.

Selain itu, bagi mereka yang ingin menonton Penunggang Agama 1, boleh juga melanggan dua koleksi filem tersebut di Astro First secara kombo (Penunggang Agama 1 dan Penunggang Agama 2) dengan satu harga istimewa RM19.90.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!


#Zul Ariffin #Tony Eusoff #Penunggang Agama 2