Laman Utama

“Wang Simpanan Semakin Susut” - Mohon Bantuan Rumah PPR, Fendy Caliph Buskers Raih Perhatian Dua Menteri

gempak
Azwa Rahman
11/07/2021
07:44 MYT
Sponsor Banner
“Wang Simpanan Semakin Susut” - Mohon Bantuan Rumah PPR, Fendy Caliph Buskers Raih Perhatian Dua Menteri
Anggota kumpulan Caliph Buskers Fendy Adlun berdepan detik sukar apabila wang simpanannya semakin menyusut sejak lebih setahun lalu kerana tiada undangan persembahan akibat pandemik COVID-19.
Menurut Fendy, 30, yang juga golongan Orang Kurang Upaya (OKU) ini, dia mati kutu apabila memikirkan sewa rumah yang tinggi pelu dilunaskan setiap bulan.
Menerusi laman sosial Instagram, bapa tunggal kepada Nurazalea Zafirah, 6, berkongsi sebuah video memohon perhatian pihak kerajaan untuk memudahkan dirinya mendapat kelulusan rumah mampu milik atau Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Permohonan itu kemudian mendapat perhatian dua kementerian iaitu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Wan Ahmad Fayhsal yang hadir melawat Fendy dan anaknya di kediaman mereka di Sentul.
“Saya dimaklumkan mengenai Fendy Caliph Buskers untuk mendapat sumbangan kebajikan. Kita tahu golongan artis antara yang paling terkesan akibat pandemik COVID-19, tak boleh buat show.
“Alhamdulillah pagi tadi YB Rina Harun dah hadir dan beliau dah tunaikan amanah beliau sebagai menteri bagi membantu saudara Fendy. Dan dari pihak saya sebagai Kementerian Belia dan Sukan, saya lihat Fendy berumur 30 tahun, ia di bawah tanggungjawab kami di kementerian.
“Tadi saya sumbangkan bakul makanan, wang dan yang penting selepas ini saya akan terus membantu dia dari segi nak raih sumbangan membeli set drum elektrik untuk dia mencari nafkhah secara online,” ujar Senator Wan Ahmad Fayhsal menerusi satu keratan audio yang dihantar kepada Gempak.
Memetik laporan BH Online, Fendy masih belum tergerak untuk mengibarkan bendera putih kerana masih berdaya dan rezeki makanan sentiasa ada.
"Yang saya benar khuatirkan ialah soal rumah. Duit simpanan yang ada pun semakin terhakis. Sejak pandemik menjelma, memang bab undangan persembahan terputus. Kali terakhir buat show dengan Caliph Buskers pada November 2019
"Ikut kiraan duit simpanan, saya boleh bayar duit sewa rumah yang didiami di Sentul ini untuk bulan depan saja. Selepas itu saya tak tahu bagaimana nak bayangkan apa akan terjadi," katanya.
Tambah Fendy lagi, dia kini menyewa di sebuah pangsapuri di Sentul dengan sewa bulanan RM1300.
Oleh sebab itulah dia berharap permohonannya untuk mendiami rumah PPR atau mampu milik diperkenankan.
“Insya-Allah saya harap urusannya untuk mendapatkan rumah PPR atau mampu milik dapat disegerakan pihak DBKL,” kata Rina Harun.
Sekadar info, Fendy mula mengambil inisiatif membuat persembahan langsung di Facebook menerusi halaman Fendy Caliph Buskers setiap Sabtu 9 malam sejak empat minggu lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live