,
Laman Utama

Wani Comel Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Amri Hassan
19/08/2021
00:25 MYT
Gadis obesiti viral, Wani Comel, 24, dimaklumkan telah meninggal dunia pada pukul 9 malam, Rabu, akibat jangkitan virus COVID-19.
Kawan baik Wani iaitu Putri Nur Rabiatul Nabihah juga meninggal dunia pada hari yang sama pada pukul 4.40 pagi semalam akibat jangkitan yang sama.
Berita itu dikemaskini menerusi hantaran di akaun Instagramnya pada pagi Khamis difahamkan menerusi ahli keluarga Putri Rabiatul.
"Saya ingin maklumkan Nurul Airawani Nazira Ibrahim atau Wani Comel dah kembali ke Rahmatullah pada jam 9 malam tarikh 18 Ogos 2021.
"Wani pergi pada hari yang sama anak saya meninggal. Mereka berdua meninggal disahkan COVID-19. Allahuakbar Allahuakbar
"Sayu hati saya dua insan yang saya sayangi telah pergi hari yang sama.
"Saya mohon pada semua rakan rakan sedekahkan Al-Fatihah untuk Wani Comel dan Putri Nur Rabiatul Nabihah," tulis pengendali akaun itu.
Berita menyedihkan ini turut menarik perhatian beberapa selebriti yang menzahirkan takziah antaranya Azwan Ali dan Zarina Anjoulie.
Minggu lalu Allahyarham Wani pernah berkongsi sijil digital yang menyatakan dirinya telah menerima vaksin lengkap.
Sebelum Wani, abangnya, Mohd Saidan Ibrahim terlebih dahulu pulang ke Rahmatullah sekitar sebulan lalu akibat serangan jantung di tempat kerja.
Disember tahun lalu, Wani yang berasal dari Jerantut, Pahang pernah mencuri tumpuan ekoran masalah berat badannya yang mencecah 300 kilogram sehingga tidak mampu berjalan.
Kisah Wani menjadi sorotan apabila dirinya mendakwa tertipu selepas teraniaya dan dimanipulasi oleh seorang jutawan kosmetik.
Wani mendakwa dia didatangi seorang usahawan kosmetik sekitar Ogos 2019 untuk melantik dirinya sebagai duta produk pelangsingan badan tetapi perlu menjalani pembedahan pada bahagian perut terlebih dahulu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Habis GV9 Saya Balik Ke Singapura..." - Hazrul Nizam Lancar Lagu Rawan Selepas 21 Tahun Tanpa Lagu Solo

gempak
22/10/2024
15:55 MYT
Penyanyi Hazrul Nizam mengambil keputusan tampil dengan single baharu selepas kali terakhir membawakan lagu Kaulah Segalanya kira-kira 21 tahun lalu.
Viral

Netizen Kagum Tengok Penkek Wajah Fattah Amin - "Ni Kalau Dah Makan Tak Sampai Hati Nak ..."

gempak
22/10/2024
12:30 MYT
Seorang usahawan penkek mencuri perhatian warganet menerusi bakat terpendamnya menghasilkan sebiji penkek berwajah pelakon kacak Fattah Amin.
Hiburan

Tiga Kali Janda, Britney Spears Umum Kahwin Diri Sendiri

gempak
22/10/2024
05:50 MYT
Bintang sensasi Hollywood, Britney Spears mengejutkan peminat dan pengguna media sosial menerusi perkongsian terkininya.
Viral

Jaguh Badminton Taufik Hidayat Dilantik Timbalan Menteri Belia & Sukan Indonesia

gempak
22/10/2024
05:30 MYT
Bekas jaguh badminton Indonesia, Taufik Hidayat dilantik menjadi Timbalan Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia atau Timbalan Menteri Belia dan Sukan di bawah pentadbiran Presiden Prabowo Subianto.
Viral

Enam Tahun Berkahwin, Aisyah Hijanah Kongsi Tips Bermadu - “Memang Susah…”

gempak
21/10/2024
04:25 MYT
Pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah berkongsi caranya menguruskan diri apabila suaminya, Alif Teega tiada di rumah.
BorakSeeni