Penyanyi Wani Kayrie akui teruja apabila berpeluang membuat serta melalui proses menghasilkan keropok lekor.

Wani tidak keseorangan, dia bersama penyanyi Sissy Iman diberi tugasan membuat keropok lekor selepas tewas dalam satu cabaran dalam program reality The House musim kelima (The House 5) epsiod ke empat.

“Kami lakukan semua proses pembikinan keropok lekor itu dari mula sehingga siap untuk dijual,” katanya.

The House 5 pernah ditayangkan di saluran Astro Ria dan portal Astro Gempak pada tahun 2019.

Di dalam musim tersebut tiga orang penyanyi itu diminta tinggal serumah dan menyahut pelbagai cabaran dan gelagat mereka mencuit hati.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini Astro Gempak akan menayangkan kembali drama siri realiti The House dari semua musim untuk mengisi masa lapang anda di rumah.

Tonton The House yang ditayangkan menerusi Gempak Duduk Rumah di portal Astro Gempak!