HIBURAN
Wani Kayrie Kongsi Gambar Cincin: “Jangan Risau, Kami Akan Kongsi…”
Penyanyi Wani Kayrie mengunci mulut mengenai gambar cincin tanpa kapsyen yang dimuat naik di Instagramnya petang tadi.
Sungguhpun ramai dalam kalangan peminat mengucapkan tahniah di ruangan komen, namun Wani masih diam seribu bahasa.
Namun, pihak pengurusan Wani iaitu Rocketfuel Entertainment ketika dihubung tidak dapat memberikan komen lanjut berhubung perkara tersebut.
“Maaf, buat masa ini, kami belum ada sebarang kenyataan untuk dikongsikan.
“Jangan risau, kami akan kongsi jika ada sebarang perkembangan,” kata pihak pengurusan.
Terdahulu, Wani dilihat memuat naik gambar sebentuk cincin yang diletakkan dalam kotak berwarna emas.
Namun, Wani tidak menulis sebarang kapsyen pada gambar berkenaan. Sebaliknya, penyanyi lagu Aiman Tino itu hanya meletakkan gambar emoji cincin.
Must-Watch Video