HIBURAN
Wani Kayrie Tak Sangka Muzik Video Cak Cak Cekuk Raih Lebih 500K Tontonan - “Walaupun Agak Perlahan Pada Awalnya…”
Penyanyi popular, Wani Kayrie tidak menjangkakan sambutan luar biasa yang diterima menerusi video muzik terbaharunya, Cak Cak Cekuk.
Hal ini kerana, video yang menampilkan Wani sebagai ketua dayang istana itu telah meraih lebih 500,000 tontonan di Youtube sejak ia diluncurkan pada 23 May lalu.
“Semestinya saya tidak sangka sambutan luar biasa terhadap muzik video Cak Cak Cekuk. Walaupun agak perlahan pada awalnya kerana kesibukan kerja saya yang turut bercanggah dengan tarikh pelancaran, namun, saya bersyukur kerana sambutan di TitTok juga meningkat mendadak setelah seminggu sampai hari ini.
“Saya percaya, apabila audio bagi lagu Cak Cak Cekuk viral di TikTok, ia membantu menaikkan jumlah tontonan di platform Youtube juga,” katanya kepada Gempak.
Menurut Wani, formula merakamkan lagu yang kedengarans seperti lagu rakyat berjaya, memandangkan ia dekat dengan hati pendengar di Malaysia.
“Saya percaya formula ini berjaya kerana ia dekat dengan hati pendengar ‘mass’ Malaysia yang berkait dengan melodi lagu rakyat dulu-dulu.
“Malah ketika saya mendengar demo lagu ini buat pertama kali pun, saya sudah suka dan tertarik dengan melodi dan muziknya,” tambahnya.
Dalam masa sama, Wani turut berharap agar Cak Cak Cekuk dapat diangkat ke tempat yang lebih tinggi pada masa hadapan.
“Harapan saya agar lagu ini dapat diangkat ke peringkat yang lebih tinggi kerana nilai budaya dan elemen muzik yang pelbagai mewarnai lagu ini dengan penuh cantik,” tutup Wani.
Must-Watch Video