Wanita 66 Tahun Jalan Kaki Dari Johor Bahru Ke Singapura Bikin Fazura Tersentuh

Asraf Aided
April 2, 2020 23:30 MYT
Aktres jelita Nur Fazura tersentuh dengan kisah seorang wanita berusia 66 tahun yang dikatakan sanggup berjalan kaki dari Johor Bahru ke Singapura untuk menjaga suaminya yang sakit.
Wanita yang tular di media sosial kemarin itu dipercayai terkandas di Johor Bahru selepas kerajaan Malaysia menyekat keluar masuk kenderaan di sempadan Malaysia dan Singapura sebagai langkah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut teraju utama Dendam Pontianak ini, kisah itu meninggalkan kesan di dalam hatinya. Pada masa yang sama, dia juga bersyukur kerana wanita itu telah menunjukkan contoh yang baik untuk dirinya.
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau berikanlah setinggi-tinggi keberkatan, nikmat, rezeki dan ganjaran kepada wanita ini serta keberkatan di dunia dan akhirat.
"Aku bersyukur dengan limpah kurniaMu Tuhanku, wanita ini telah memberikan contoh yang sangat baik kepadaku sebagai isteri. Amin!" tulis Fazura di laman Twitter.
Kenyataan Fazura itu mendapat perhatian dari netizen yang membalas dan mengulang kicau 'tweet' tersebut.
Rata-rata mereka mengucapkan terima kasih kepada Fazura kerana berkongsi kisah menyentuh hati itu, ramai juga yang mendoakan kebaikan buat wanita yang tular itu.

Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau berikanlah setinggi-tinggi keberkatan, nikmat, rezeki dan ganjaran kepada wanita ini serta keberkatan di dunia dan akhirat. Aku bersyukur dengan limpah kurniaMu Tuhanku, wanita ini telah memberikan contoh yang sangat baik kepadaku sebagai isteri. Amin! https://t.co/SQTmUxp0h2

— Nur Fazura (@missfazura) April 2, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sekadar info, Fazura mendirikan rumah tangga dengan aktor Fattah Amin pada 27 November 2017.
Pasangan ini turut meraikan ulang tahun kedua perkahwinan mereka November lalu.
#Fazura #Fazura #PKP #Wanita 66 Tahun