Wanita 75 Tahun Maut Dimakan B*bi Jiran
Seorang wanita warga emas, Rebecca Westergaard Rigney maut selepas diterkam dan sebahagian kakinya dimakan oleh babi peliaraan jirannya di Jalan Mink, Pataskala, Ohio.
Ketua Polis Pataskala, Bruce Brooks, berkata insiden melibatkan haiwan ternakan seperti ini jarang berlaku.
"Jika melibatkan anjing seperti pit bull atau rottweiler, kita mungkin dapat jawapan dengan segera. Namun, melibatkan haiwan ternakan, ini sesuatu yang tidak pernah kami hadapi sebelum ini," katanya.
Setakat ini, pemilik babi tersebut belum didedahkan identitinya dan pihak berkuasa sedang berunding dengan Pejabat Pendakwa Raya Licking County untuk tindakan lanjut.
Seorang jiran, David Mullings, meluahkan kekeliruannya mengenai insiden ini.
"Ini sesuatu yang liar. Tiada babi liar di kawasan ini. Saya tidak pernah melihat babi kecuali di pasar," katanya.