Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Wanita Adakan Hubungan Terlarang Dengan Anjing Sambil Dirakam Teman Lelaki Ditahan Pihak Berkuasa

Izwan Isa
09/08/2022 22:50 MYT
Memberi alasan anjing jenis Husky miliknya memiliki sifat ingin tahu, seorang wanita tergamak melakukan hubungan terlarang dengan haiwan peliharaannya itu.

Christina Calello, 36, ditahan oleh pihak berkuasa pada 2 Ogos lalu sementara teman lelakinya, Geoffrey Springer ditahan keesokan harinya.

Menerusi kenyataan pihak berkuasa, teman lelaki Christina menonton dan merakam aksi Christina yang melakukan aktiviti luar tabii bersama anjing peliharaan mereka beberapa kali dalam tempoh lapan tahun.

Dalam satu pemeriksaan yang dilakukan di kediaman mereka di Florida, California, Amerika Syarikat, pihak berkuasa berjaya menemui flash drive yang mengandungi rakaman video menjijikkan berkenaan.

Kedua-duanya telah didakwa atas pertuduhan melakukan aktiviti seksual melibatkan haiwan.

"Defendan mengaku bahawa anjing itu mungkin pernah melakukan oral seks terhadapnya beberapa kali kerana anjing itu ingin tahu.

“Bukti video menunjukkan anjing itu melakukan perbuatan itu terhadap defendan dan defendan tidak membuat sebarang isyarat untuk menghentikan perbuatan tersebut," kata penyiasat.

Anjing milik pasangan itu telah menjalani pemeriksaan dan doktor haiwan mengesahkan anjing tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sumber: Angensi

#Anjing #Christina Calello #Geoffrey Springer #Hubungan Terlarang