Laman Utama

Wanita Bantu Bekas Teman Lelaki Bu**h Diri Untuk Ganjaran RM3.4 Juta

gempak
Maliah Surip
01/11/2023
09:25 MYT
Sponsor Banner
Wanita Bantu Bekas Teman Lelaki Bu**h Diri Untuk Ganjaran RM3.4 Juta
Seorang wanita berdepan hukuman 10 tahun penjara jika didapati bersalah kerana bersubahat dalam kematian bekas teman lelakinya pada tahun 2020.
Alverna Cher Sheue Pin, 41, didakwa membantu Wee Jun Xiang, 32, membunuh diri dengan merancang dan menuang lebih banyak gas nitrogen dalam kereta lelaki tersebut pada 16 Mei 2020.
Menerusi kronologi, kes yang berlaku di Singapura tersebut juga berkaitan dengan penipuan untuk mendapatkan wang insurans bernilai RM3.4 juta milik Jun Xiang.
Jun Xiang sendiri adalah individu yang memberi idea kepada kematiannya, lapor Today Online.
Lelaki itu menjalin hubungan dengan Alverna pada tahun 2019 dan membeli polisi insurans bernilai RM3.4 juta pada tahun sama. Diana meletakkan nama Alverna sebagai penerima polisi setelah meninggal dunia.
Hubungan mereka bagaimanapun terkandas namun kekal berkawan.
Pada Februari 2020, Jun Xiang menyatakan hasrat untuk bunuh diri dan menghubungi bekas teman wanitanya itu untuk membantu rancangannya berjaya.
Jun Xiang antaranya meminta Alverna bertemu dengan doktor untuk memastikan punca kematiannya adalah semulajadi.
Selepas yakin dengan rancangan mereka, Jun Xiang memandu kereta yang telah siap dengan tanki gas nitrogen ke arah sebuah parkir bertingkat di kawasan Bedok.
Dia kemudian menghubungi Alverna yang datang membantu dengan melepaskan lebih banyak gas sebelum menelefon doktor.
Doktor yang datang telah mengesahkan lelaki tersebut mati di tempat kejadian sebelum menukar kenderaan dengan Alverna untuk beredar dari lokasi.
Perbicaraan kes ini akan bersambung dan menentukan nasib wanita tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live