,
Laman Utama

“Wanita Belum Kahwin Tolong Jauhi Lelaki Kolot & Selfish Macam Ni” – Dr Say Bidas Lelaki Tular Lebihkan Kawan Dan Abaikan Isteri

Mya Amri
19/05/2022
08:30 MYT
Doktor dan juga pengacara, Dr Say Shazril memberikan pandangan berkenaan isu tular seorang suami yang merungut dengan sikap isteri yang didakwa tidak membenarkan dirinya melepak.
Menurut Dr Say, tidak salah bagi seorang lelaki sudah berkahwin untuk bertemu sahabat namun mereka sepatutnya peka dengan keadaan isteri lebih-lebih lagi yang sudah menyandang gelaran bapa.
“Saya agak triggered dengan pandangan lelaki yang dah berkahwin dan ada sorang anak ni. Saya harus akui bahawa saya bukanlah suami yang baik tapi saya cukup pantang lelaki melayan perempuan macam ni apatah lagi seorang suami melayan isteri yang merupakan ibu kepada anaknya sebegini.
“Nak berkawan silakan tapi sedar-sedar lah batas hang sebagai seseorang bergelar ayah. Hang ingat bini hang hubungi sebab hang baru lepak 30 minit ka? Bini kita ni dia punya power, tiga hari/ tiga bulan/ tiga tahun atau tak dak hang selama-lamanya pun dia boleh jaga anak tu tapi alasan dia hubungi mesti sebab dia nak hang ada sekali kat rumah tu sebagai seorang ayah untuk luangkan masa dengan anak hang.
“Mungkin ada yang cakap ‘boleh lah Dr Say cakap macam ni sebab saya tengok doc macam tak ada kawan je’. Saya ada ja kawan cuma lepas kahwin terutamanya lepas ada dua anak ni kawan bukan lagi keutamaan saya,” jelasnya.
Tambah Dr Say lagi, para suami haruslah sentiasa bertolak-ansur dengan isteri dan sama-sama menjaga cahaya mata dengan baik.
“Tambahan saya ada anak istimewa dan anak saya dua-dua ligat. Benda ni simple je, letakkan diri kita dekat tempat isteri. Kalau ampa kena hadap anak ampa sorang terutamnya lelaki yang jenis utamakan kawan ni, saya guarantee 30 minit jaga anak rasa macam tiga jam.
“Hang kerja pagi sampai petang, balik hang lepak dengan kawan, dah tu bila masa hang dengan anak hang? Jadi BE CONSIDERATE. Anak tu amanah berdua bukan amanah isteri sahaja.
“Paling tak boleh bla ugut nak ‘lepaskan’ bini sebab ‘memalukan’ dia di hadapan kawan-kawan. Tak tahu nak tolong macam mana lah lelaki macam ni. Mesti egois, keras kepala, fikir dia lah yang paling hebat dalam keluarga tu dan paling penting bini tak ada hak dan tak boleh bersuara.
“Kepada wanita-wanita yang masih belum berkahwin tolonglah jauhi lelaki-lelaki kolot dan selfish macam ni. Kepada wanita yang dah ter-kahwin lelaki macam ni, my prayers are with you. Apa kata kalian? Ke ampa setuju dengan pendirian lelaki ni?” coretnya.
Terdahulu, luahan hati seorang lelaki di media sosial yang geram dengan sikap isterinya itu mengundang kecaman netizen.
Rata-ratanya memarahi dan mengutuk perbuatan lelaki itu yang dikatakan melebihkan sahabat berbanding isteri dan anak-anak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Saya Bernasib Baik Tiada Kecederaan Kekal Pada Anak” - Dr Say Dah Buang Maid! Terima Teguran Netizen, Mohon Maaf Atas Kelalaian

gempak
22/11/2024
07:55 MYT
Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril menerima teguran netizen dengan hati terbuka susulan isu pembantu rumahnya sebelum ini.
Hiburan

Wau Bulan, Lenggang Kangkung, Rasa Sayang Berkumandang Di Sepanyol! Vocal Pizzest Menang Dua Emas Di The World Choral Cup

gempak
21/11/2024
15:43 MYT
18 pelajar Malaysia dari Vocal Pizzest gabungan Sekolah Internasional Cempaka Bukit Damansara dan Sekolah Cempaka Cheras telah merangkul dua Anugerah "EMAS" dalam pertandingan koir sedunia “ SING FOR GOLD” yang berlangsung di Calella & Barcelona, Sepanyol.
Hiburan

Pembantu Rumah Dr Say Buat Hal Lagi! Goncang & Tekan Dada Sampai Baby Zeq Lembik - “Bagi Dia Peluang Kedua, Rupanya Makin Menjadi”

gempak
21/11/2024
12:21 MYT
Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril mendedahkan perangai pembantu rumahnya yang semakin menjadi-jadi walaupun selepas diberi peluang kedua.
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Unitar