Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Wanita Berpakaian Ihram Lelaki Ketika Umrah Dah Pulang Ke Malaysia Tapi Masih ...

Awani
01/09/2022 22:46 MYT
Seorang wanita berpakaian ihram lelaki ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah seperti yang tular di media sosial baru-baru ini dikatakan telah pulang ke tanah air.

Perkara itu disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya tidak dapat mengesan keberadaan wanita itu selain meminta pihak berkuasa seperti pejabat agama negeri untuk mengambil tindakan lanjut.

Dia dikatakan telah pulang ke sini. Namun, kita tidak dapat mengesan keberadaan dia di mana sekarang ini.

“Jika dapat dikesan keberadaanya, kita akan minta pihak pejabat agama di seluruh negeri untuk panggil individu berkenan (bagi dijalankan siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan bantuan tunai RM600 seorang kepada 11 mangsa banjir di Dewan Air Kuning, Changkat Jering, dekat sini, pada Khamis.

Pada 12 Ogos, Idris dilaporkan berkata, tindakan tegas menanti kepulangan wanita terbabit kerana didakwa mengerjakan umrah dengan berpakaian ihram lengkap seperti lelaki.

Sebelum itu, seorang pengguna media sosial berkongsi video berdurasi 17 saat memaparkan seorang 'lelaki' merakam dirinya tawaf di depan Kaabah dalam Masjidilharam di Makkah yang akhirnya tular selepas identiti individu itu didedahkan sebagai wanita.

Dalam satu hantaran video pendek, ia turut memaparkan wanita terbabit menuju ke Raudah.

Sumber: Awani

#Viral #Umrah #Tular #Wanita Ihram Lelaki