Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Wanita Ceraikan Suami, Bagi Puluhan Ribu, Demi Cinta ‘Aktor’ Stranger Things

Maliah Surip
19/08/2023 08:45 MYT
Nampaknya istilah cinta itu buta memang benar wujud. Itulah yang terjadi kepada seorang wanita apabila sanggup meminta cerai dari suami dan memberi puluhan ribu ringgit selepas diperdaya seorang lelaki yang menjadi kekasih gelapnya.

Wanita yang dikenali sebagai McKayla mendakwa selama ini dirinya bercinta dengan salah seorang bintang dari siri kegemarannya, Stranger Things iaitu Dacre Montgomery yang memainkan watak Billy Hargrove.

Hakikatnya asmara yang terjalin di atas talian itu adalah palsu. Namun semuanya sudah terlambat selepas dia diceraikan dan kehilangan sekitar RM47 ribu selepas menyerahkannya kepada penyamar aktor dari Austalia tersebut.

McKayla menceritakan kisahnya sewaktu muncul dalam saluran YouTube, Catfished, lapor indipendent.uk.

Melalui pendedahannya, wanita itu mengatakan mula mengenali ‘Hargrove’ selepas menyertai forum kelab peminat filem secara atas talian.

“Jadi di forum itu kami saling berkongsi minat mengenai filem. Saya mencari seseorang untuk bekerjasama melahirkan karya saya.

“Dan pada waktu itu saya menerima pesanan di DM daripada lelaki yang mengaku dirinya Montgomery dari siri kegemaran saya Stranger Things menerusi akaun DK MH.

“Walaupun saya ada rasa sangsi dia penipu tapi dia berjaya membuat saya percaya dirinya adalah pelakon tersebut.

“Sehingga satu tahap dia meminta saya memilih antara dirinya atau suami dan saya yang mengalami hubungan toksik dengan suami pada waktu itu meminta cerai.

“Dan tentulah setelah itu dia meminta duit. Dan saya beri,” cerita McKayla.

Dia bagaimanapun menyedari telah ditipu namun terlambat kerana setelah siasatan dilakukan, pemilik akaun DK MH ini dikenali sebagai penipu yang licik dan menggoda mangsa dengan kata-kata manisnya.

#Stranger Things #Dacre Montgomery #McKayla
;