Laman Utama

Wanita Dakwa Bekas Kekasih Ryan Bakery, Siap Simpan Gambar Passport Lagi... Apa Komen Empunya Diri?

Mya Amri
27/09/2022
03:44 MYT
Semalam, tular isu seorang wanita yang mendakwa dirinya merupakan bekas kekasih kepada pempengaruh TikTok terkenal, Ryan Bakery.
Hal ini kerana sebuah video pendek di TikTok menunjukkan gambar berukuran pasport milik Ryan yang masih disimpan oleh wanita tersebut.
Tetapi lain pula jadinya apabila wanita itu menerima kecaman dan netizen mendakwanya sengaja mahukan publisiti.
Video itu kemudiannya telah pun dipadamkan dari akaun asal namun ada pengguna lain berjaya memuat naik kembali di akaun berlainan.
Bagaimanapun perkongsian pengguna itu telah mendapat perhatian Ryan dan dia sendiri telah meninggalkan komen di video berkenaan.
“Tah… Tak kenal,” tulisnya ringkas.
Sementara itu, sahabat baik Ryan, Wanchaii juga turut meninggalkan komen yang sama.
“HAHAHA dah boleh masuk kes 233 ni," tulisnya.
Rata-rata yang melihat komen tersebut menyifatkan perkara itu sebagai dugaan buat Ryan yang bakal mendirikan rumah tangga bersama tunangnya tidak lama lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.