Wanita Didakwa ‘Penyondol’ Tampil Mohon Maaf Kepada Isteri & Anak Hafidz Roshdi - “Saya Lemah, Bodoh Kerana…”
Asyikin Mayudin
19/02/2023 00:50 MYT
19/02/2023 00:50 MYT
Wanita yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan Hafidz Roshdi iaitu Athira Yuhada akhirnya tampil memohon maaf kepada isteri aktor tersebut, Shuhada dan dua anak pasangan itu, Humairah serta Umar.
Athira menerusi laman Instagram miliknya berkata dia mengelak sepanjang sembilan tahu Hafidz menghubunginya namun mula bersimpati dengan keadaan kesihatan mental aktor tersebut.
“Saya berhutang dengan Shuhada, Humairah dan Umar kata maaf yang paling ikhlas. Apa yang saya lakukan adalah sangat mementingkan diri sendiri.
"Sepanjang tempoh sembilan tahun Hafidz cuba menghubungi, saya berkali-kali cuba yang paling terbaik untuk mengelak. Akhirnya ini berlaku setelah mengetahui keadaan kesihatan mentalnya yang membuatkan saya bersimpati dan ingin menyokongnya," jelasnya.
Mengakui kesilapannya, Athira bagaimanapun menegaskan hubungan antara dia dan Hafidz sudah lama berakhir malah berjanji tidak akan lagi berhubung dengan aktor itu.
“Saya mengaku yang saya lemah dan bodoh kerana terjerumus dalam situasi ini. Namun pada masa yang sama, saya Ingin menegaskan bahawa perkara ini sudah lama berakhir.
“Dan saya sudah lama tidak berhubung dengan dia dan tidak akan. Saya dengan rendah diri ingin sekali lagi memohon maaf kepada Shuhada, Humairah dan Umar,” ujarnya.
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila tangkap layar Instagram Story milik Nurul Shuhada yang mendakwa
rumah tangganya diganggu oleh ketiga ditularkan.
Untuk rekod, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Shuhada pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, serta Umar, 2.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
#Hafidz Roshdi
#Hafidz
#Hafidz curang
#Isteri Hafidz
#Athira penyondol
#Athira Yuhada
#Hafidz Athira