Laman Utama

Wanita Dilema Mahu Rakan Batal Kahwin Pulangkan Hadiah Kerusi RM21,000, Kalau Korang Minta Tak?

gempak
Maliah Surip
18/11/2023
13:40 MYT
Sponsor Banner
Wanita Dilema Mahu Rakan Batal Kahwin Pulangkan Hadiah Kerusi RM21,000, Kalau Korang Minta Tak?
Seorang wanita berada dalam dilema selepas punya keinginan untuk meminta sahabatnya mengembalikan hadiah perkahwinan yang telah diberi.
Menurut wanita yang berkongsi dilemanya dalam forum Reddit, dia ingin mengambil semula hadiah tersebut kerana sahabatnya membatalkan perkahwinan mereka.
Katanya, dia memberi hadiah perkahwinan awal yang disifatkan sebagai ‘hadiah perkahwinan yang tepat’ kerana mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan sahabatnya.
Namun sahabatnya membatalkan perkahwinan sebulan sebelum berkahwin selepas mendapati bakal suami berlaku curang.
“Sahabat saya sangat suka barangan hiasan dalaman. Jadi saya telah membeli sebuah kerusi buatnya. Dia menangis sewaktu menerima hadiah perkahwinan itu.
“Dan harga kerusi tersebut adalah RM21,000,”luah wanita tersebut seperti dilaporkan Independent.co.uk.
Mengenangkan harga kerusi tersebut yang mahal, wanita itu bercadang mengambil semula hadiah kerana sahabatnya tidak jadi berkahwin.
“Saya fikir duit (jual semula kerusi) boleh digunakan untuk perkara lain. Adakah biadab jika saya meminta semula hadiah tersebut kerana dia tak jadi kahwin?”tanyanya.
Perkongsian dan pertanyaan itu menerima beragam respons daripada netizen.
Ada yang berasa dia akan biadab jika meminta sahabatnya memulangkan hadiah tersebut. Ada juga yang mengatakan sahabatnya patut sedar diri dan memulangkan sendiri kerusi tersebut kerana tidak jadi berkahwin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live