Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Wanita Disapa Sekumpulan Individu Edar Flyers Di Bukit Bintang, Ingatkan Ah Long Rupa-Rupanya…

Gempak
09/09/2024 05:37 MYT
Sepotong video memaparkan beberapa individu berarak di sekitar kawasan Bukit Bintang sambil menggayakan baju sedondon persis kumpulan Ah Long mengundang perhatian netizen baru-baru ini.

Pakai baju sedondon edar flyers?

Menerusi video yang di muat naik oleh seorang wanita di TikTok, memaparkan beberapa individu yang memakai baju kemeja T berona kuning dan hitam sedang mengedarkan flyers.

Tidak terhenti di situ, salah seorang lelaki daripada kumpulan tersebut bertindak menegur dan meminta wanita itu untuk mengimbas kod QR di flyers terbabit.

undefined “Jangan malu, jangan segan. Semua boleh settle, scan QR baru korang tahu ada apa,” kata individu tersebut.

BERITA TRENDING: “Pakcik Jangan Jerit..” - Pu Riz Terkejut, Sedih Di

​BERITA TRENDING: Nani Roslan Jadi Emosi Baca Komen Ibu Bapa

​BERITA TRENDING: Tular Video Da’i Syed Betulkan Tudung Isteri Sambil Tersenyum, Undang Pelbagai Reaksi Netizen - “Buatlah Pilihan Terbaik Selepas Ini, Nak Stay Atau…”

​BERITA TRENDING: Raysha Rizrose Tayang ‘Baby Bump’, Kini Hamil


Menurut wanita berkenaan, pada awalnya dia beranggapan bahawa kumpulan ini menawarkan pinjaman peribadi untuk melangsaikan hutang.

Rupa-rupanya setelah di imbas kod QR, memaparkan borang untuk di isi bagi memenangi tiket percuma filem Baik Punya Ah Long.

“Ingat kan scan QR boleh selesaikan loan PTPTN saya rupanya berpeluang menangi dua tiket percuma tengok Baik Punya Ah Long,” ujar wanita tersebut.

#Duit #Peribadi #Pinjaman #Ah #Long #Bukit Bintang #flyers