Wanita Hamil Tiga Bulan Antara Dicekup Berkhalwat - "Saringan Air Kencing Pula ..."
Gempak
02/01/2023 05:40 MYT
02/01/2023 05:40 MYT
Seorang wanita hamil antara dicekup berkhalwat semasa serbuan dilakukan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) di sebuah bilik motel di Padang Temusu, Sungai Petani, Kedah pada jam kira-kira 12.30 tengah malam tadi.
Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Mohd Noor Ismardi Ismail berkata, wanita yang belum berkahwin itu mengaku sedang hamil tiga bulan selain pernah terlanjur sebelum ini serta mempunyai dua anak hasil hubungan haram dengan pasangan lain.
Menurutnya, kedua-dua anak termasuk anak sulung berusia empat tahun dikatakan kini berada dalam jagaan keluarga.
"Saringan air kencing wanita itu dan pasangannya yang berusia 20-an, mendapati positif dadah, mereka juga gagal mengemukakan kad pengenalan apabila diminta dengan alasan hilang," katanya.
Sementara itu, di lokasi lain, sepasang kekasih dipercayai berpura-pura tidur ketika serbuan dilakukan di sebuah hotel di sini kira-kira jam 1.06 pagi Ahad.
"Anggota penguat kuasa terpaksa menggunakan kunci pendua apabila pintu yang diketuk lebih lima minit enggan dibuka, namun setelah dicuba, pintu dikunci dari dalam.
"Pihak kami terpaksa menendang pintu tersebut menyebabkan selak pintu rosak dan berjaya masuk.
"Apabila pintu dibuka, pemeriksaan mendapati terdapat seorang lelaki berpura-pura tidur di atas katil dengan berseluar panjang dan berselimut manakala pasangannya lengkap berpakaian berpura-pura tidur di bawah katil," katanya.
Sumber: Sinar Harian