Seorang wanita, Kirsty Brown mengalami penyakit ganjil sehingga boleh pengsan jika terpandang lelaki kacak!

Brown yang berusia 32 tahun itu juga akan pengsan apabila mengalami tekanan emosi termasuk mendengar bunyi yang sangat bising atau ketawa yang terlalu kuat.

"Saya sangat malu. Waktu itu saya sedang membeli belah dan terpandang seorang lelaki kacak.

"Kaki saya tiba tiba lemah dan sehingga perlu mendapat sokongan daripada saudara.

"Iya, setiap kali terpandang lelaki kacak atau siapa yang menangkap perhatian saya, kaki akan terus lemah dan ia sangat menganggu.

"Sebolehnya setiap keluar rumah saya akan mengelak untuk bertentang mata dengan orang lain supaya tidak pengsan dan menunduk bagi mengawal masalah penyakit saya," kata Brown seperti dipetik dari Daily Mail.

Menurut laporan tersebut, ibu dua orang anak ini mengalami sindrom kegagalan fungsi otak yang sangat ganjil. Penyakitnya dikenali sebagai Cataplexy yang akan membuat otot tiba tiba kejang apabila terlalu ghairah, marah, gembira dan ketakutan.

Sebagai pesakit Cataplexy, dia mengalami masalah sukar tidur dan serangan tidak kurang dari dua minit.

Brown juga mengalami sekurang kurangnya lima kali serangan dalam sehari, malah boleh meningkat sehingga 50 kali sehari sehingga membuatkannya sukar meninggalkan rumah.

"Memandangkan saya punya masalah tidur dan hampir tidak tidur, jadi serangan itu menjadi lebih kerap.

"Saya boleh terkena serangan hanya kerana ketinggian atau sedang menaiki tangga. Sekarang saya cuba untuk berpindah ke kediaman satu tingkat atau yang mempunyai lif," akui Brown.

Dia juga mengaku ketawa terlalu banyak dan marah akan membuat dirinya terkena serangan.

"Saya pernah pengsan sewaktu bertengkar dan perseteruan itu berakhir begitu sahaja," kenang Brown.

Menurut Brown, antara punca dirinya mengidap Cataplexy yang teruk adalah berkemungkinan kerana dia pernah mengalami kecederaan pada bahagian kepala akibat terkena lemparan batu sewaktu berusia sembilan tahun.

Kredit Foto: Daily Mail