Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Wanita Ini Amuk Bila Suami Curang Ketika Berpantang, Siap Bercumbu Dengan Kekasih Gelap Dalam Kereta!

Gempak
06/03/2024 01:00 MYT
Seorang wanita membongkarkan kegiatan terkutuk suaminya yang didakwa telah berlaku curang dengan perempuan lain ketika dia masih sedang sibuk berpantang.

Menerusi hantarannya di Platform X, wanita ini sempat merakamkan video pergaduhannya dengan si suami yang difahamkan hanya berpunca daripada kad memori SD dashcam yang telah dibuang bagi menghapuskan bukti hubungan sulit suaminya itu.

“Semalam dia buang SD card yang ada video mereka bermaksiat, dia langgar orang and lari, dia tolak saya semua ada dalam tu. Dia dah buang lepas tu dia gelakkan saya cakap saya halusinasi sebab dia dah buang!

“Banyak lagi bukti di Instagram saya. Siapa jumpa tolong roger saya,” tulisnya menerusi hantaran tersebut.

Dalam pada itu, wanita itu turut sempat berkongsi gambar bahagian tangannya yang kelihatan merah lebam dipercayai hasil ‘dibantai’ oleh suaminya ketika bergelut demi kad SD dashcam.

“Demi buang bukti dan nak saman fitnah aku.

“Kau nak bagi nafkah aku berapa RM600 je. Susu anak kau sahaja RM600. Korang memang kurang ajar. Hidup korang memang takkan Bahagia sampai bila-bila,” tulisnya lagi menerusi hantaran tersebut.

Berita Trending: Curang Walaupun Ditatang Penuh Kasih, Wanita Ini ‘Cemburu’ Bekas Suami Hidup Tenang Lepas…


Tidak terhenti disitu, wanita tersebut turut mendedahkan bahawa suami dan penyondol rumah tangganya itu dikatakan sudah dibuang kerja kerana kantoi melakukan aktiviti maksiat di tempat kerja.

“Now dia dan b*tina tu kena buang kerja sebab bermaksiat dalam office. Ada bukti CCTV. Tapi paling kukuh dalam kereta la bercumbu depan-depan sebab dashcam saya rakam dalam also. Now dia duk cakap "tiada bukti"

“Now dia nak saman I fitnah and nusyuz sebab yelah dia tengah confidentlah video seks dia buang. Tapi ada video CCTV, bukti chat, bukti Airbnb, bukti video call saya simpan.

“Saya malas nak kepil semua kat sini sebab dah letak di Instagram. Tengok jelah. Doakan kemenangan di pihak saya. Saya akan tuntut hak-hak saya,” tulisnya lagi.

Setakat artikel ini ditulis, hantaran ini telah mendapat sebanyak 700 ribu tontonan di Platform X.

Berita Trending: Shukri Yahaya Tiada Masa Untuk Curang

#wanita #Suami #Pantang #Curang #Dashcam #SD Card