Wanita Ini Berhabis RM1,216 Demi Secawan Kopi, Dan Ini Reaksinya…
Izwan Isa
04/01/2024 08:55 MYT
04/01/2024 08:55 MYT
Sanggupkah anda minum kopi yang berharga ribuan ringgit? Pempengaruh media sosial ini nampaknya sanggup berbelanja sebanyak itu semata-mata mahu mencuba rasa kopi yang dikatakan datang daripada biji yang sukar ditemui.
BERITA TRENDING: Cik B Berbelanja Lebih RM1 Juta Sebulan, Netizen; "Seronok Jadi Kaya, Patutlah Syurga Itu Mahal"
Menerusi hantaran video yang dikongsikan di TikTok, individu terbabit singgah ke sebuah kafe mewah di KLCC yang menjual kopi berkenaan.
Atas dasar ingin tahu, individu berkenaan membayar RM1,216 semata-mata mahu menghirup secangkir kopi berkenaan.
undefined
undefined
"Ia merupakan salah satu kopi paling jarang ditemui di dunia, dan bukan mudah untuk menanam pokok itu. Biji kopi pun terhad,” jelas pelayan kafe berkenaan kepada wanita itu.
BERITA TRENDING: "Why Not Kan?" - Jutawan Tudung Haliza Maysuri Puas Hati Tempah Gaun RM250,000, Bertatahkan 83,900…
Walaupun dengan tanda harga yang tinggi, reaksi pempengaruh itu selepas menghirup kopi berkenaan sangat mengejutkan.
“Rasanya sama seperti kopi lain. Saya tidak tahu bagaimana untuk mengagumi secawan kopi ini,” katanya.
Sumber terjemahan: WeirdKaya
“Rasanya sama seperti kopi lain. Saya tidak tahu bagaimana untuk mengagumi secawan kopi ini,” katanya.
Sumber terjemahan: WeirdKaya