Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Gaya Hidup

Wanita Ini Cari Isteri Kedua Untuk Suami

Azwa Rahman 04/07/2020 | 07:48 MYT
Seorang wanita dikhabarkan sedang mencari isteri kedua untuk suaminya tular di laman sosial.
Menerusi laman sosial Twitter, pengguna yang dikenali sebagai Zara mahukan seorang wanita solehah untuk menjadi madunya.
“Saya sedang menjadi isteri kedua untuk suami saya. Jika anda ada rakan-rakan solehah yang layak dijadikan calon, sila maklumkan pada saya. Terima kasih,” tulis Zara menerusi satu kicauan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tambahnya lagi, dia tidak mahu disalah erti apabila mencarikan isteri kedua untuk suaminya.
“Jangan salah anggap pada saya, tipulah kalau cakap tak sayang suami. Sebab sayanglah..” tulisnya lagi.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan balas, rata-rata wargamaya memuji tindakan wanita ini dan mendoakan agar dia bertemu calon yang sesuai untuk kebahagiaan rumah tangga mereka.
Namun, ada juga wargamaya yang meminta untuk Zara berfikir semasak-masaknya kerana memiliki madu itu punya cabaran tersendiri.
“If ini sekadar eksperimen sosial, syukur alhamdulillah, tapi kalau benda ni real aku pulak rasa sebak. Apa yang suami dia buat sampai isteri dia boleh fikir sejenak sampai macam ni. Sis kalau ada masalah, harap sangat masalah sis selesai dengan baik. Sakit bila diduakan ni,” tegur seorang wargamaya.
“Puan, tak tahu kenapa bila baca tweet puan ni saya pula rasa nak menangis. Semoga Allah bagi jalan terbaik ye puan,” pinta seorang wargamaya.
“Hi sis. Awak pasti ke nak bermadu? Baru minggu lepas saya mimpi suami saya kahwin lain dan ia sangat menyakitkan. Baru mimpi je, tapi terasa macam betul, ambil masa seharian untuk pulih. Dari pagi sampai malam, saya sedih, kecewa, terluka dan rasa kehilangan. Baru mimpi je,” luah seorang wargamaya.
“Hi sis, walaupun saya tak kahwin pun lagi, saya tak setuju dengan idea sis ni. Semoga perkahwinan kalian diberkati dan dirahmati Allah. Semoga berbahagia,” doa seorang wargamaya lagi.
Cubaan Gempak untuk mendapatkan penjelasan wanita ini gagal kerana dia tidak membalas mesej yang dihantar.
Apa sahaja yang dilalui oleh wanita ini dan suaminya, harap rumah tangga mereka sentiasa dirahmati.
Sehingga kini, kicauan wanita itu mendapat hampir 2,000 ulang kicau dan 5,000 tanda suka daripada warga Twitter.
#Perkahwinan #Madu #Suami Isteri
;