Tindakan seorang lelaki yang gigih mencuba nasib untuk mengorat seorang wanita yang sedang bekerja menguruskan kaunter meraih perhatian netizen.

Menerusi video yang dimuat naik oleh wanita tersebut, lelaki itu menggunakan pelbagai teknik untuk mencairkan hati wanita itu namun tindakannya langsung tidak dihiraukan.
@ailaa.z

Ragam Customer Terpaling Komando ? Btw Kebanyakan Anggota mmg Begini ke perangai nya dengan Perempuan ? Igt perempuan Suka agak Nya ?

♬ original sound - Aila
“Kalau orang suka tu awak respon lah sikit,” kata komando tersebut.

“Saya tak suka,” jawab wanita tersebut ringkas.

“Tetap saya akan cuba, komando dia takkan putus asa dan tackle awak sampai dapat,” balas komando itu.

Berita Trending:Isteri Tinggal Suami Selepas Kemalangan, Abang Ipar Hilang Sabar Dedah Perangai Sebenar - “Insurans…

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen risau akan keselamatan wanita tersebut setelah melihat cubaan mengorat bertalu-talu yang telah dilakukan oleh komando tersebut.

“Moga sis dlm lindungan Allah selalu, pergi kerja balik kerja jangan sorang-sorang. Risau lah.

“Hati-hati ye sis, orang macam ni selagi tak dapat selagi tu dia kejar. Akan buat apa saja.

“Pernah rasa. Rimas. Tapi sebenarnya bahaya macam ni. Jaga diri selalu,” pesan beberapa netizen.

Setakat artikel ini ditulis, hantaran tersebut telah menerima sebanyak 2.7 juta tontonan di aplikasi TikTok.