Hajat hati seorang wanita untuk menikmati percutian di Pulau Pinang terbantut apabila dia menemui seunit kamera yang disembunyikan dalam bilik air tempat dia menginap.

Kamera berkenaan ditemui disembunyikan dalam kotak penyamlembapan, yang diletakkan dalam bilik mandi.

Menerusi perkongsian di TikTok, wanita itu menzahirkan rasa takut sehingga menyebabkan dia tidak mampu untuk melelapkan mata untuk tidur.

“Penang trip turns into disaster. Kami tak tidur since pagi semalam. The nightmare keeps replaying in our minds since it happened. I don’t know how to cope, how to be okay. I feel mentally and emotionally drained,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, ramai yang ingin tahu di manakah lokasi tersebut dan tidak kurang, ada yang menasihati supaya membuat laporan polis.



Menerusi hantaran terkini, wanita tersebut memberitahu yang dia telah pun membuat laporan polis.
@i.njw Replying to @Aichi? We did lodged a police report but since takda bukti kukuh yang pihak sana ada recording kami, so kes cuma jadi report am and just to cover diri kami. So we are hoping by viral kan kes ni, akan ada further investigation and tangkap the one who did that.#fyp #fy #triptopenang #healing #fypシ #help #trauma #tripgonewrong ♬ Suspense, horror, piano and music box - takaya