gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Pelakon Pengantin Setan Mengaku Hamil Luar Nikah: “Saya Hanya Mahu Jujur…”
HIBURAN
Amsyar Lee Gagal Mara ke Final Sing! Asia - “Saya Minta Maaf Kerana…”
HIBURAN
Kecoh Isu Riders, Juicy Luicy Setuju Dengan Ari Lasso: “Jangan Ambil Kesempatan”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Wanita Kelantan 'Win' Hati Andy Teh - “Saya Suka Sebab Lemah Lembut…”

Umirah Halim
Umirah Halim
18/07/2025
05:55 MYT
Sponsor Banner
Wanita Kelantan 'Win' Hati Andy Teh - “Saya Suka Sebab Lemah Lembut…”
Pelakon yang semakin digilai ramai, Andy Teh mendedahkan dia tertarik dengan wanita dari negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Kelantan.
Menurut Andy atau nama sebenarnya, Andy Teh Kim Huat, 39, daya tarikan wanita Kelantan bukan hanya pada rupa paras, tetapi juga pada kelembutan dan keperibadian mereka.
“Saya minat perempuan dari Kelantan sebab saya rasa mereka comel, sopan santun dan baik,” katanya ketika ditemui Gempak.
Tanpa berselindung, Andy secara terbuka menyatakan kesediaannya untuk berkenalan dengan wanita Kelantan.
“Apa-apa, telefon saya,” katanya dengan nada seloroh.
Menerusi perkembangan lain, Andy bakal muncul dengan filem baharu berjudul Abah Saya Uncle Mike yang diinpirasikan daripada kisah benar.
Untuk info, dalam naskhah bergenre drama yang bakal ditayangkan di pawagam bermula 28 Ogos ini, Andy memegang watak sebagai Uncle Mike, seorang lelaki berbangsa Cina yang secara tidak sengaja terlibat dalam kehidupan tiga beradik yatim piatu berbangsa Melayu iaitu Rafie, Rasyid dan Rahman.
Filem ini diangkat daripada kisah benar Michael Tong Wai Siong, atau lebih dikenali sebagai Uncle Mike, seorang lelaki berbangsa Cina yang membesarkan tiga anak yatim piatu Melayu sejak kecil, lengkap dengan bimbingan rohani dan penghormatan kepada agama Islam.
Dedikasi dan kasih sayang tulus yang ditunjukkan Uncle Mike dalam membesarkan mereka telah menyentuh hati rakyat Malaysia dan mendapat pengiktirafan tertinggi apabila beliau menerima Anugerah Maulidur Rasul 2024 daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas jasa serta pengorbanannya.
Filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama strategik Etika Sdn. Bhd. itu mengetengahkan tema kekeluargaan dan semangat perpaduan, menjentik emosi penonton menerusi mesej bahawa kasih sayang sejati tidak mengenal warna kulit atau darah daging.
Menampilkan pelakon Andy Teh bersama gandingan muda berbakat besar seperti Idan Aedan, Nor Merah dan Umar Shakur, Abah Saya Uncle Mike turut menggunakan bahasa Melayu, Mandarin dan Kantonis bagi mencerminkan kepelbagaian latar masyarakat Malaysia.
Sinopsis Abah Saya Uncle Mike:
Rafei, anak sulung daripada tiga beradik yatim piatu, cuba melarikan diri dari rumah anak yatim yang penuh dengan penderaan bersama adik-adiknya demi mencari kehidupan yang lebih baik.
Namun, apabila mereka dipisahkan dengan kejam, Rafei diselamatkan buat sementara oleh seorang lelaki berbangsa Cina yang baik hati, Uncle Mike.
Dalam usahanya untuk menyatukan kembali keluarganya, ketiga-tiga beradik dan Uncle Mike akhirnya terpaksa berdepan dengan makna sebenar sebuah keluarga dan menyedari bahawa ‘Keluarga Bukan Sekadar Pertalian Darah’.
Topic Berkaitan
#wanita
#Kelantan
#Teh
#Kongsi
#Andy
#minat
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement