,
Berita

Wanita Kemurungan Terjatuh Dalam Perigi, Bomba Guna Tali Untuk Bawa Keluar

Gempak
31/07/2024
06:25 MYT
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Rantau Panjang berjaya menyelamatkan seorang wanita yang terjatuh ke dalam perigi sedalam 9.14 meter di Felcra Bukit Tandak, Rantau Panjang pada Rabu.
Dalam kejadian jam 5 pagi itu, mangsa berusia 58 tahun yang didakwa mengalami kemurungan ditemukan dalam keadaan bersandar sambil menggunakan kaki pada pembentung perigi oleh kakaknya.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Ahmad Nazarudin Mahusain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit pada jam 5.29 pagi.
"Sepasukan anggota kemudian bergegas ke lokasi untuk kerja-kerja membantu dan menyelamat.
"Kami menggunakan tali untuk membawa keluar mangsa pada jam 6.07 pagi sebelum menyerahkannya kepada pihak kesihatan untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi.
Menurut beliau, perigi tersebut terletak di bahagian dapur di dalam rumah.
Ujarnya, hasil maklumat ahli keluarga mangsa tinggal sendirian selepas kematian suami pada tahun 2021 dan tidak mempunyai anak.
Sumber - Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Budak 4 Tahun Tidur Dengan Longgokan Sampah, Abang Penagih Dadah & Ibu Kemurungan

gempak
07/07/2024
08:55 MYT
Seorang anak kecil berusia empat tahun terpaksa tinggal dalam rumah dipenuhi longgokan sampah berpunca ahli keluarga terjerumus dalam najis dadah.
Hiburan

Didiagnos Dengan Mild Depression, Dina Nadzir Hilang Kawan - “Mereka Tak Faham & Mereka Rimas”

gempak
20/05/2024
11:55 MYT
Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir berkongsi bahawa dirinya kehilangan beberapa orang rakan dalam hidupnya selepas didiagnos dengan kemurungan.
Laman Utama

Amir Jahari Dedah Alami Depresi - “Pernah Cuba Terjun Jambatan 3 Kali, Alhamdulillah Tak Teruskan"

gempak
17/12/2023
23:50 MYT
Amir dah semakin pulih. Alhamdulillah.
Laman Utama

Popular Buat Robbie William Alami Kemurungan, Kelar Tangan Untuk Mati

gempak
02/11/2023
13:50 MYT
Mengecap populariti seawal usia 16 tahun memberi impak yang cukup besar buat Robbie William.
Laman Utama

“Mereka Tuduh Pembuli, Damia Alami Kemurungan”- Anak Tiri Fizi Ali Trauma Selepas Foto Tekup Muka Ameena Tular

gempak
28/10/2023
03:56 MYT
Kesiannya anak tiri Fizi...
Unitar