Viral
Wanita Kongsi Kisah Sedih Didatangi Lelaki Menggigil, Nak Beli Tiket Bas Sebab Isteri Meninggal Dunia & Anak Di ICU - “Sedih Tengok…”
Tular video seorang wanita berkongsi kisah sedih didatangi lelaki yang dalam keadaan menggigil mahu memberi tiket bas untuk pulang ke kampung setelah mendapat perkhabaran isteri meninggal dunia dalam satu kemalangan.
Menerusi perkongsian di akaun TikTok bernama Kakakbusteng, individu itu bukan sahaja dalam keadaan panik disebabkan kehilangan isteri tercinta malah anak-anaknya berada di unit rawatan rapi (ICU).
Dia yang bekerja menjual tiket bas memaklumkan lelaki terbabit datang dalam keadaan menggigil dan panik mahu membeli tiket bas menuju ke Klang, Selangor dari Besut, Terengganu.
Bagaimanapun bas yang bergerak ke lokasi tersebut sudah tidak ada dan lelaki itu perlu menunggu bas di malam hari.
Situasi itu membuatkannya berasa sedih kerana tidak dapat membantu lebih-lebih lagi melihat lelaki terbabit berada dalam keadaan sugul.
“Sedih tengok adik itu, kita mampu tolong mana boleh saja. Semoga Allah permudahkan urusan adik ini. Al-Fatihah,” tulisnya.
Difahamkan, lelaki itu datang ke Besut dengan menggunakan motosikal dengan menyertai ‘ride’ bersama kenalan yang lain sebelum mendapat berita tentang isteri dan anak-anaknya.
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai yang rata-rata akui kejadian seperti itu sangat menakutkan bagi mereka yang meninggalkan keluarga ke luar kawasan.
Rata-rata mereka turut mendoakan agar urusan lelaki terbabit dipermudah dan tiba ke rumah dalam keadaan selamat.
undefined